Betul ke sunscreen SPF tinggi lebih bagus dari sunscreen SPF rendah?

Artikel ditulis oleh:
Dr Hasmida Nasir (Penyelidik di Jabatan R&D NK SHE Empire Sdn Bhd)

Betul ke sunscreen SPF tinggi lagi bagus dari SPF rendah?

“Nak pilih sunscreen ni mudah je, pilih yang SPF tinggi. Lagi tinggi angka SPF, lagi bagus la sunscreen tu”

“SPF tu kan nombor untuk protect kita dari matahari, lagi tinggi maknanya lagi tinggi la protection sunscreen tu”

Selalu dengar kan tip ini? Tak kisah la dalam group-group FB ke, skin-influencer online ke, majority akan bagi tau “go for highest SPF”. Jadi asal nak beli sunscreen je, benda first sekali yang kita akan check SPF dekat kotak adalah cari yang SPF paling tinggi sekali.

Tapi, betul ke sunscreen SPF tinggi ini lebih bagus berbanding sunscreen dengan SPF rendah? Actually, jawapanya adalah YES & NO!.

YES sebab kalau terlalu rendah, memang tak cukup protection against UV rays, and NO sebab kalau terlalu tinggi sebenarnya tak ada beza pun dengan yang pertengahan.

Haaa, mesti anda tertanya-tanya, betul ke ni, kan? Kan?? Don’t worry, artikel ni kita akan rungkai satu-persatu mitos tentang SPF ni dan kenapa SPF50+ and above ni ada yang sudah di “banned” oleh beberapa negara maju termasuk Amerika, Europe, Jepun, Australia & Canada.

Isi Kandungan:

  • Betul ke sunscreen SPF tinggi lebih bagus berbanding sunscreen SPF rendah?
  • Masalah yang perlu anda tahu tentang SPF tinggi
    • Penggunaan Bahan kimia yang lebih banyak.
    • Bahan Kimia Bahaya Untuk Kesihatan
    • Bahan kandungan bagi perlindungan sinar UVA dan UVB tidak seimbang.
    • Mengubah sikap pengguna
    • Tekture yang tebal, kurang sesuai sebagai alas makeup
  • Kesimpulan
  • Sunscreen NK Age Reverse – Sunscreen Berasaskan Penyelidikan Untuk Kulit Wanita Asia

Betul ke sunscreen SPF tinggi lebih bagus berbanding sunscreen SPF rendah?

Seperti yang saya tulis dalam artikel sebelum ini, peningkatan nilai SPF ni tidak berkadar langsung dengan nilai perlindungan yang SPF ni berikan. Contohnya kalau SPF15 tu ada 93% protection against UVB rays, tak bermaksud kalau kita naikkan 2x ganda sampai SPF30, dia akan jadi 186% (93% x 2) perlindungan. Rujuk gambar di bawah:

Peratus perbezaan perlindungan dari UVB berdasarkan nilai SPF

Nampak tak beza antara SPF30 vs SPF50 adalah sangat kecil sekitar 1% sahaja. Tak ada SPF yang mampu berikan 100% protection terhadap UVB. Jelas sekali bahawa SPF tinggi yang kononnya makin berkesan hanyalah mitos atau mungkin gimik marketing oleh pengeluar/penjual produk sahaja.

Peringatan:
SPF hanyalah untuk UVB sahaja, UVA tak termasuk dalam SPF walaupun mostly 95% sinaran UV tu adalah dari UVA dan lebih bahaya untuk kulit.

Masalah yang perlu anda tahu tentang SPF tinggi

 

Mitos tentang SPF tinggi ni bukan sahaja diperbesarkan sehingga berlaku salah tanggap, tapi sebenarnya ada beberapa masalah yang perlu dipertimbangkan oleh pengguna.

#1. Penggunaan bahan kimia yang lebih banyak.

Untuk setiap 1% daripada setiap bahan aktif untuk hasilkan UV filter, anda mendapat sejumlah unit SPF. 

Contohnya untuk mineral sunscreen, 1% Zink Oksida (ZnO) memberi anda 1.6 unit SPF, manakala 1% Titanium Dioksida (TiO2) memberi anda 2.6 unit SPF. Jadi katakan anda mempunyai formula dengan 20% ZnO. Itu berfungsi untuk SPF 32— nombor SPF yang ideal. Formula dengan 15% ZnO dan 5% TiO2 berfungsi untuk SPF 37.

Dengan kata lain semakin tinggi SPF, semakin tinggi kepekatan dan jenis kimia yang diperlukan. Hanya untuk 1% perlindungan extra, anda terpaksa tampal lebih bahan kimia dikulit dan wajah.

“Fewer chemicals equals healthier, happier skin, and this means a lower SPF”

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

#2. Bahan Kimia Bahaya Untuk Kesihatan

Secara umum, terdapat dua jenis bahan aktif dalam sunscreen: chemical dan mineral (rujuk SINI). Food and Drug Administration (FDA), yang mengawal selia produk sunscreen di US, tak pernah melabelkan chemical sunscreen sebagai tidak selamat.

Tetapi pada 21 Februari 2019, FDA telah mencadangkan untuk mengemas kini data dan meminta maklumat tambahan mengenai 12 bahan aktif yang biasa dijumpai dalam chemical sunscreen termasuk: 
• avobenzone, 
• oxybenzone, 
• octocrylene, 
• ecamsule, 
 

Satu Ujian klinikal kecil secara rawak yang diterbitkan pada bulan Mei 2019 di Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA) mendapati terdapat kesan empat bahan kimia sunscreen ini di dalam sample darah wanita mengandung dan juga bayi dalam kandungan melebihi jumlah dibenarkan FDA dan perlunya kajian lebih lanjut untuk menentukan kemungkinan kesan toksik.

Laporan dari Environmental Working Group (EWG) juga mengesyorkan untuk elak sunscreen yang mengandungi oxybenzone kerana bimbang bahan ini boleh mengganggu hormon dan menyebabkan reaksi kulit alahan disamping membahayakan terumbu karang.

Sebaliknya, Zink Oksida dan Titanium Dioksida yang biasa digunakan oleh mineral sunscreen secara amnya diiktiraf sebagai selamat dan berkesan oleh FDA. Laporan penuh boleh rujuk di SINI.

 

#3. Bahan kandungan bagi perlindungan sinar UVA dan UVB tidak seimbang.

Perlindungan terhadap sinar UVA akan berkurang apabila angka SPF semakin tinggi. Hal ini kerana dalam penghasilan sunscreen, kandungan UVB filter, iaitu bahan yang berperanan menjadi perisai terhadap sinar UVB akan digunakan lebih banyak.

Oleh itu, komposisi antara UVB filter dan UVA filter menjadi tidak seimbang. Sunscreen SPF tinggi sememangnya dapat melindungi kulit daripada sinar UVB, namun tidak mampu menghalang sinar UVA daripada menerobos sehingga ke lapisan kedua kulit.

Hari ini, kulit anda mungkin masih cantik dan tidak ada kesan sunburn kerana memakai sunscreen SPF tinggi. Tetapi dalam jangka masa panjang, pigmentasi akan semakin jelas kelihatan. Sebabnya, sunscreen tersebut hanya memberi perlindungan secukupnya terhadap sinar UVB, tetapi tidak terhadap sinar UVA.

#4. Mengubah sikap pengguna

Menurut kajian, kebanyakan pengguna sunscreen SPF tinggi cenderung untuk berjemur di bawah cahaya matahari lebih lama. Mereka berasakan dengan sunscreen SPF tinggi, mereka akan dilindungi lebih lama dan tidak perlu mengulang sapu terlalu kerap. SPF tinggi ini seolah perangkap untuk pengguna berasa lebih selamat.
Hakikatnya, sunscreen dengan SPF30 atau SPF50 memberi perlindungan terhadap UVB hampir sama, iaitu dengan perbezaan 1% sahaja. Bagi kedua-dua tahap SPF, anda tetap perlu mengulang sapu setiap dua ke tiga jam.

#5. Tekture yang tebal, kurang sesuai sebagai alas makeup

SPF yang lebih tinggi juga bermaksud dos penapis UV yang lebih tinggi (kepekatan kimia yang lebih tinggi). Majoriti sunscreen high SPF mempunyai tekstur tebal dan terasa berminyak (greasy). Sebab leceh, tak selesa dan mungkin nampak tak cantik, anda akan malas nak sapu kerap. Kalau guna pun mungkin kurang dari kuantiti yang sepatutnya.

Perbezaan protection factor antara SPF35 vs SPF50 tak sampai pun 1%, tapi texture SPF rendah biasanya lebih nipis dan sesuai untuk digunakan bersama sebagai alas makeup (maksudnya boleh guna sebagai makeup base atau tak perlu cuci untuk reapply setiap 2-3 jam). Senang nak blend in dengan kulit. Jadi, anda akan lebih bermotivasi untuk lebih kerap apply dan pada kuantiti yang betul.

Kesimpulan

Sunscreen SPF tinggi tidak semestinya bagus untuk anda dan sunscreen dengan SPF30 sebenarnya sudah cukup untuk memberi perlindungan terhadap sinar UVB. Paling penting, perlu pastikan ianya jenis Broad-Spectrum (perlindungan untuk UVA juga)
SPF hanyalah ukuran bagi perlindungan terhadap sinar UVB iaitu sinar yang menyebabkan kulit sunburns. Jadi, angka SPF tidak patut menjadi satu-satunya cara dalam pemilihan sunscreen. Yang penting dalam pemilihan sunscreen ialah memastikan bahan kimia yang digunakan terjamin selamat.

Sunscreen NK Age Reverse – Sunscreen Berasaskan Penyelidikan Untuk Kulit Wanita Asia

NK Age Reverse Sunscreen (NKSS) ialah sunscreen “generasi baru” hasil kajian pakar-pakar nano-teknologi dari UTM yang diketuai sendiri oleh pengasasnya, Prof Madya Dr Siti Hamidah.

Tidak seperti physical sunscreen yang lain, NKSS menggunakan nano-UV filter dan bahan emollient berkualiti tinggi yang tekturnya bukan sahaja sangat lembut tidak melekit & meninggalkan kesan “white cast”, tapi juga berfungsi mengekalkan kelembapan kulit.

Menggunakan Zinc Oxide dan Titanium Dioxide sebagai UV filter SPF35 & PA++ (broad spectrum protection) sunscreen ini cukup dalam memberi perlindungan terbaik terhadap sinar UVB dan UVA tanpa menyebabkan alahan pada kulit dijamin selamat oleh FDA.

Digabungkan bersama dengan teknologi anti-aging bertaraf dunia – BeuT-Complex™ (50 anugerah local & antarabangsa),NKSS bukan hanya melindungi kulit dari sinar UV, tapi juga merawat kulit hingga ke akar (terutamanya masalah pigmentasi) dan membantu mempercepatkan pemulihan sel-sel kulit yang rosak supaya kulit kembali kelihatan lebih “muda”, cerah, dan berseri.

Ramai yang berpuas hati dengan kesannya, kini menjadi pengguna setia. 

Bahan Kandungan dalam Sunscreen Age Reverse

(*Tidak mengandungi bahan-bahan dengan tahap bahaya tinggi dan sederhana seperti Oxybenzone, Octinoxate, Homosalate, Octisalate, Benzophenone-2)
Aqua, C12-15 Alkyl Benzoate, Caprylyl Methicone, Zinc Oxide, Caprylic/capric Triglyceride, Titanium Dioxide, Isononyl Isononanoate, Vegetable Glycerine, Cyclopentasiloxane, Peg/ppg-20/i5 Dimethicone Dimethicone, Cetearyl Dimethicone Crosspolymer Aluminum Hydroxide, Polyglyceryl-3diisostearate, Stearic Acid. 1,2-hexanediol, Cetearyl Alcohol (Plan base), Ceteareth-20 Hibiscus Sabdariffa (Roselle) Flower Extract, Camellia Japonica Flower Extract, Paeonia Albiflora Flower Extract, Bee Venom, Daucas Carota (Carrot) Seed Oil, Sodium Hyaluronate, Phenoxyetha- Nol, Pelargonium Graveolens. (Geranium) Flower Oil, Aniba Rosaeodora (Rosewood) Oil, Lavandula Angustifolia (Lavender) Oil. Citrus Limon (Lemon) Peel Oil. Mentha Piperita (Peppermint) Oil.
Tak sabar nak cuba NK Age Reverse Sunscreen terbaru dari makmal R&D UTM ini?

Boleh dapatkan NK Age Reverse Sunscreen di SINI.

About Author:

Dr Hasmida Nasir has her PhD in Bioprocess Engineering, and is the researcher in R&D department for NK with a mission to help inspire and motivate individuals to critically think about what they put in their bodies and to find balance through nutrition and lifestyle. 

Note : NK Age-Reverse is a research base product lead by Assoc Prof Dr Siti Hamidah and researcher from UTM specifically made to improve skin issue among Malaysian. Get the latest of our innovation HERE.

Leave a Reply

You cannot copy content of this page