Hairan! Sejak usia meningkat, dah mula ada bintik-bintik jeragat. Dulu masa muda remaja tak ada pun!

Tengok wajah orang lain pun sama. Bila selisih dengan wanita berusia, pasti nampak masalah yang sama. Ada bintik-bintik jeragat.

Kenapa masalah jeragat muncul bila dah berusia? Jika kerana melanin berlebihan, kenapa jadi berbintik? Kenapa tak hitam sekata seluruh wajah?

Biar kami cerita tentang kulit dulu supaya anda jelas kenapa jeragat terjadi.

LAPISAN KULIT

Kulit kita yang nipis tu, boleh dibahagi kepada 5 lapisan. Jika kulit kita terkoyak dan tak berdarah, itulah 5 lapisan kulit kita. Lapisan paling dalam adalah lapisan basal. Lapisan yang paling luar, yang kita boleh sentuh pula adalah lapisan korneum.

Lapisan basal terbentuk dari beberapa jenis sel. Antara sel utama lapisan basal adalah SEL MELANOSIT dan SEL KERATINOSIT.

4 lapisan atas selepas lapisan basal pula terdiri daripada jaringan SEL KERATINOSIT.

HISTOLOGI KULIT. - ppt download

Sel melanosit hanya berada di lapisan basal. Ia tidak bergerak ke lapisan lain.

Sel keratinosit pula sentiasa bergerak dari lapisan ke lapisan hingga akhirnya jadi sel mati bila sampai ke lapisan paling luar. Sel keratinosit bergerak dan tertolak ke lapisan atas kerana sel-sel ini sentiasa dihasilkan setiap hari.

Apabila sel baru dihasilkan, sel lama akan tertolak ke atas. Begitulah yang berlaku setiap hari kerana sel keratinosit dihasilkan setiap hari.

Sel yang dihasilkan hari ini, akan ambil masa 28 hari untuk tertolak sepenuhnya ke lapisan paling luar. Ia akan jadi sel mati dan akan disingkirkan.

Walaubagaimanapun, bila usia makin meningkat, sel ini akan ambil masa yang lebih lama untuk sampai ke lapisan paling luar. Hal ini kerana sel-sel sudah tidak aktif dihasilkan seperti usia muda. Semakin lambat sel dihasilkan, bermaksud semakin lambat sel akan tertolak ke lapisan paling luar.

MELANIN

How to Reduce Melanin Production? - Skin Lightening Methods

Baik! Sekarang kita baca tentang melanin pula. Kenapa penghasilan melanin boleh sebabkan bintik-bintik pada wajah. Melanin dihasilkan oleh sel melanosit pada lapisan basal. Melanin adalah pigmen berwarna gelap.

Melanin kemudian akan dihantar masuk ke dalam sel keratinosit untuk melindungi sel keratinosit dari UV. Melanin yang diterima oleh keratinosit, dikesan sebagai bendasing dan lama-kelamaan akan dicerna oleh lisosom dalam keratinosit.

Sebab itu ketika muda remaja, kulit tiada bintik-bintik. Berbeza apabila semakin berusia. Sel-sel keratinosit sudah tidak aktif lagi. Malah ada beberapa sel yang dah tak cerna melanin. Tidak semua sel tetapi yang tak cerna melanin, akan bawa melanin naik ke permukaan.

Sel keratinosit yang mengandungi melanin ini, apabila tertolak ke lapisan paling luar, akan kelihatan bintik-bintik hitam. Sel yang sihat, akan cerna melanin tadi dan akan tertolak ke lapisan luar tanpa warna hitam.

Begitulah bintik pada wajah terjadi. Bila makin banyak sel tak sihat, makin banyak sel keratinosit yang tak cerna melanin. Maka makin banyak sel yang bawa melanin ke permukaan seterusnya menjadikan kulit wajah kelihatan bertompok.

Sebab itu, kita tak boleh biarkan kulit wajah tanpa penjagaan. Perlu bantu sel-sel kulit untuk jadi sihat supaya melanin mampu dicerna oleh sel sebelum sampai ke lapisan luar.

4 PERKARA UNTUK ELAKKAN JERAGAT

4 perkara penting yang perlu dilakukan untuk mengelak bintik jeragat.
.
1. Beri perlindungan kepada kulit dari sinar UV. Sebaiknya guna produk yang ada SPF30~35 & PA++. (SPF50 sesuai sekiranya untuk ke pantai & expose terus dengan terik matahari. untuk kegunaan biasa sebenarnya tidak sesuai – ada possibility untuk kena cancer kulit)
.
2. Guna produk NATURAL yang ada teknologi nano untuk mengurangkan penghasilan melanin. Hanya dengan teknologi nano sahaja bahan aktif sesuatu produk mampu meresap ke lapisan paling dalam untuk sampai kepada sel melanosit (Sel yang menghasilkan melanin).
.
3. Makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayuran dan madu untuk meningkatkan penghasilan kolagen. Kolagen adalah protein yang bekerja dan menguatkan sel keratinosit.
.
4. Jangan sekali-kali guna produk yang ada bahan bahaya seperti merkuri dan hidrokuinon.

Bahan ini bukan sahaja merencatkan sel melanosit, tetapi juga merosakkan sel keratinosit.
Sebab tu, jeragat mula muncul selepas berhenti guna produk bahaya ini. Sel keratinosit yang rosak tak mampu nak cerna melanin lagi.
.
Masih ramai dari kita yang memilih untuk tidak memakai skincare kerana merasakan ianya bukan satu keperluan.
.
Sebenarnya, skincare adalah satu produk penjagaan wajah yang membantu kulit untuk lebih sihat dan cantik.
.
Ketika muda, tiada masalah muncul kerana sel-sel kulit masih aktif.
.
Bila berusia, kita perlu jaga dengan baik untuk membantu sel-sel ini sihat dan kuat supaya sel-sel dapat berfungsi dengan baik.
.
Paling penting adalah pilih produk yang NATURAL dan tanpa bahan bahaya.
.
 
#SHARE maklumat ini pada rakan dan kenalan. Masih ramai yang tak faham tentang jeragat.
.
Dengan perkongsian ini, mungkin ramai yang dapat mencegah awal sebelum jeragat terjadi.
Facebook
Twitter
WhatsApp

Leave a Reply

You cannot copy content of this page