Wujud Ke Produk Yang Boleh Hilangkan Jeragat Dalam Masa 7 Hari?

Artikel ditulis oleh:
Dr Hasmida Nasir (Penyelidik di Jabatan R&D NK SHE Empire Sdn Bhd)

Betul Ke Ada Produk Boleh Hilang Jeragat Dalam 7 Hari?

Tergoda je kan bila baca headline “7 HARI JERAGAT HILANG” iklan produk jeragat lalu lalang dekat wall FB, terus rasa nak beli je. Tapi inilah trick marketing yang bertahun-tahun berjaya memerangkap pengguna yang suka sangat dengan produk kesan segera.

Nak elak kena tipu, pertama sekali perlu faham kenapa jeragat terjadi. Jeragat bukan terhasil dari lapisan luar. Jeragat terhasil dari lapisan bawah kulit, lapisan paling dalam pada epidermis.

Nak mudah faham tentang masalah jeragat ni, kita kena tahu 4 perkara penting ni:

Mungkin tulisan ini agak panjang. Tapi kalau nak faham tentang jeragat, kena baca juga. Kalau tak sempat atau belum ada masa, boleh #share dulu. Nanti baca kemudian.

BAGAIMANA JERAGAT TERJADI?

Sebenarnya banyak punca jeragat, tapi hari ni saya just nak highlight 3 punca yang paling utama.

1) SINAR MATAHARI (UV)

Sinaran UV matahari mengandungi radiasi yang boleh merosakkan sel kulit. Bila kita terkena siranan UV, dalam kulit kita ni ada 1 sel yang namanya melanocyte akan mengeluarkan “protective pigmen” yang bewarna coklat dipanggil melanin untuk menyerap dan naturalisekan radiasi sinar UV dari merosakkan sel-sel kulit.

Perasankan kalau kita berjemur tengah panas, kulit akan jadi gelap/terbakar (sunburn). Itulah dia melanin yang terhasil berlebihan. Tapi lepas beberapa tempoh, melanin ni tadi akan dicerna balik oleh sel-sel keratinocyte dan warna kulit akan kembali kepada asal.

Tapi, apabila usia dah meningkat (especially over 30’s), sel keratinocyte ni dah mula kurang aktif. Jadi melanin yang berlebihan tadi tu lambat dicerna ataupun tak dapat dicerna 100%.

Melanin yang tak dicerna tadi tu akan “berkumpul dan bergabung” untuk membentuk tompokan gelap yang kita kenali sebagai “hyper-pigmentation” such as – sunspot, freckle, age spot, etc… Melayu kita panggil jeragat je untuk semua ni…

2) PRODUK KOSMETIK/SKINCARE

Punca jeragat juga boleh disebabkan oleh produk cosmetic yang tinggi bahan synthetic atau ada bahan kimia bahaya. Bahan bahaya ni akan hakis kulit untuk buang lapisan yang ada jeragat ni, jadi kulit akan nampak bersih untuk sementara waktu. Tapi kesan jangka panjangnya, nanti jeragat akan jadi lagi teruk lebih-lebih lagi kalau dah stop guna produk tu.

Ada KKM sekalipun, belum tentu produk tu selamat. Boleh tengok sendiri di website KKM, list produk yang dah ada KKM sebelum ni pun boleh ditarik balik kerana rupanya ada bahan bahaya.

Contoh senarai produk yang ditarik balik NOT KKM kerana mengandungi bahan bahaya (campur palsu)

Masa muda-muda dulu tak pernah ambil tahu sangat pasal bahan-bahan bahaya ni. Macam-macam produk pakai, janji ada “testimony” cakap berkesan. Padahal banyak bahan-bahan dalam tu rupanya oleh hakis kulit. 

Waktu muda tak apalah sebab kulit masih aktif, boleh repair dengan sendiri. Tapi bila dah makin berusia, baru nampak kesan dekat muka sebab masa ni sel kulit dah makin kurang aktif & banyak sangat yang dah rosak sebab pakai macam-macam produk tadi.

Kalau kita perhatikan, gambar makcik-makcik kita masa muda dulu elok je. Tapi sekarang bila dah berusia makin banyak jeragat yang tumbuh.

3) HORMON

Hormon pun boleh jadi punca jeragat. Bila hormon tengah tak stabil (i.e: tengah pregnant) dan terdedah kepada UV, sel melanocyte akan merembes sejenis enzim dipanggil Tyrosinase yang boleh menggalakkan penghasilan melanin secara berlebihan. Sebab tu orang mengandung lebih senang sangat dapat jeragat.

Hormon ni bukan masalah jeragat sahaja. Tapi masalah lain pun ada kaitan dengan hormon, contohnya jerawat. Sebab orang lelaki ni tak pernah ada masalah hormon (tak period, tak mengandung) jadi kulit mereka memang susah la nak ada masalah walaupun berjemur tengah panas hari-hari.

4) GENETIK

Untuk jeragat disebabkan genetik ni paling susah nak dirawat, mungkin tak boleh dirawat. Kalau nak tau jeragat ni sebab genetik ke atau sebab lain, cuba tanya masa kecik dulu dah ada ke jeragat ni kat muka. kalau ada, tu memang masalah genetik.

Berita baiknya peratusan yang ada jeragat disebabkan genetik ni kecil, tak sampai 10% pun. Selain dari genetik ni, masalah jeragat boleh dirawat. Cuma ada kaedah yang selamat, ada yang tak.

#5 KAEDAH UNTUK NAK KURANGKAN JERAGAT?

Jeragat boleh dirawat. Kalau nak cepat, boleh guna produk yang ada hydroquinone dan mercury. 2 bahan ni boleh menghakis kulit sekaligus menghapuskan sel melanocyte yang menghasilkan jeragat. Cuma kena tahan sikit kesan sampingan jangka panjang seperti kulit makin rosak, risiko kanser dan bayi kandungan jadi cacat jika guna masa tengah mengandung.

Atau boleh cuba rawatan laser yang kosnya hampir RM1500 untuk 1 session. Biasanya perlu 2 hingga 4 session untuk nampak hasil. Sebab laser ni hanya hapuskan jeragat dilapisan yang sedia ada, jadi biasanya masalah jeragat ni akan datang balik once sel melanocyte ni hasilkan melanin semula.

Selain dari 2 option untuk “hasil segera” ni, kita memang tak ada pilihan lain selain terpaksa bersabar sikit guna produk, tapi dijamin selamat & kos effektif.

1#
Perbaiki Sel-Sel Keratinocyte Supaya Lebih Sihat

Tadi kita dah bincang antara fungsi sel-sel keratinocyte adalah untuk mencerna melamin yang berlebihan. Bila sel ini sihat, maka melanin dapat dicerna dengan effective jadi tak ada la masalah jeragat.

Bahan-bahan aktif seperti vitamin, enzim protin dalam kebanyakan produk skincare boleh merawat sel ini untuk kembali sihat. Cuma masalahnya sel keratinocyte ni berada di lapisan kulit bawah.

Kalau kita hanya sapu dan biarkan bahan ni dipermukaan kulit, dia tak boleh meresap sampai kelapisan bawah dengan sendirinya. Jadi bahan aktif tadi tak sampai ke sel-sel keratinocyte dan hanya bertindak dipermukaan kulit sahaja.

2#
Hasilkan Sel-Sel Baru Yang Lebih Kualiti

Selepas berjaya merawat sel-sel yang sedia ada, perkara ke-2 adalah untuk pastikan sel baru yang bakal dihasilkan mesti lebih berkualiti.

Kalau gunakan produk atau rawatan yang hanya focus untuk atasi masalah di permukaan atas sahaja, kesan hanya sementara kerana lapisan dimana sel baru terhasil (stratum basale) masih lagi bermasalah. Jadi bila kulit baru terhasil, masalah jeragat tadi akan datang balik.

Sebab tu penting untuk rawat masalah jeragat ni mesti bermula dari lapisan bawah. Bila sel paling bawah ni dah sihat, barulah kulit baru yang terhasil nanti akan bebas dari masalah jeragat. 

Maka, di sinilah pentingnya teknologi-nano seperti yang digunakan oleh produk Age-Reverse yang team R&D kami develop di UTM. Dengan bantuan teknologi nano, bahan aktif di dalam produk Age-Reverse akan diserap dan dibawa masuk terus ke dalam lapisan epidermis untuk diserap oleh sel-sel termasuk karatinocyte tadi. Jadi tentulah berganda-ganda lebih berkesan berbanding jika hanya bertindak dipermukaan.

Sebagus manapun bahan yang digunakan, jika tidak disokong dengan teknologi bagi membantu penyerapan, maka keberkesanan sesuatu produk itu hanya di permukaan kulit sahaja.

3#
Mempercepatkan Kitaran Penghasilan Sel Kulit Baru

Purata kitaran kulit bagi orang dewasa adalah 4 minggu. Maksudnya untuk 1 kitaran, sel sihat yang baru dihasilkan hari ini akan ambil masa 4 minggu untuk sampai ke lapisan kulit paling luar (stratum corneum). Makin berusia, makin lama kitaran ni. Contohnya bagi umur 50an adalah 9~13 minggu. Jadi makin berusia, makin lamalah nak tunggu jeragat tu betul-betul pudar.

Bahan aktif seperti Bee Venom yang terdapat dalam formulasi produk Age-Reverse terbukti dalam banyak kajian sangat berkesan untuk mempercepatkan metabolisme sel kulit, menyebabkan kitaran penghasilan kulit baru lebih cepat. Jadi sel-sel berjeragat boleh diganti dengan sel baru yang berkualiti dengan lebih pantas.

Bergantung kepada tahap kerosakan kulit walaupun sel yang baru terhasil lebih berkualiti, mungkin terpaksa perlu tunggu hingga 2-3 kitaran untuk nampak hasil yang ketara. 

4#
Kurangkan Enzim Tyrosinase

Enzim tyrosinase adalah penggalak kepada penghasilan melanin. Maksudnya, makin banyak enzim tyrosinase wujud, makin banyak melanin dihasilkan. Jadi apabila penggalak melanin dikurangkan, secara automatik melanin juga akan berkurangan.

Natural Tyrosinase Inhibitor seperti yang terdapat dalam produk Age-Reverse dapat  mengurangkan ransangan enzim tyrosinase sehingga tiada pengeluaran melanin yang berlebihan pada kulit.

5#
Pakai Sunscreen

Walaupun ini point yang ke-5, tapi sunscreen adalah yang paling penting untuk melawan jeragat. Cuba lihat contoh jeragat yang diambil dengan camera UV photo dibawah yang tak pernah guna sunscreen. 

Walaupun nampak macam kulit normal (sebelah kiri), tapi bila under camera UV boleh nampak jeragat dah mula terbentuk dan tunggu masa untuk keluar. Jeragat ni ambil masa bertahun tahun untuk kelihatan di permukaan kulit. So kalau dari muda memang tak pernah pakai sunscreen, nanti bila dah berumur (>40tahun) masa ni la jeragat akan mula keluar dengan banyaknya.

KEMBALILAH KEPADA PRODUK NATURAL.

Pilihan untuk rawatan jeragat memang banyak. Anda boleh pilih yang memang berkesan, atau yang sekadar gimik marketing founder-founder produk express (OEM atau timbang kilo). Yang mahal, atau yang murah. Yang cepat tapi bahaya atau yang lambat tapi selamat. 

Nasihat saya, carilah “Natural Produk” yang berasaskan kajian R&D oleh mereka yang memang ahli dalam bidangnya.  Hanya ini yang benar-benar selamat, bebas kimia bahaya, bebas bahan synthetic yang harsh pada kulit. Sekarang ye la tak ada masalah. Tunggu la nanti umur dah mula masuk 40an.

Jangan tunggu muka dah penuh dengan masalah baru nak cari produk natural, baru nak ambil tahu bahan mana selamat, bahan mana bahaya, baru sibuk nak tanya macam-macam bila beli produk. 

Kalau dah teruk masalah, 3 bulan pun belum tentu boleh elok. Mungkin setahun. Setiap orang kitaran kulitnya tak sama. Umur, pemakanan, lifestyle. Logik ke kulit yang dah beratahun rosak boleh cantik dalam seminggu dua. 

Berhentilah percaya kepada krim-krim pemutih yang janjikan kesan segera. Berpijaklah di bumi nyata. Kita orang Asia. Berbanggalah dengan warna kulit perang. Paling penting adalah kulit sihat.

Jangan bertangguh lagi. Mulalah dari sekarang. Mulakan hari ni juga…

About Author:

Dr Hasmida Nasir has her PhD in Bioprocess Engineering, and is the researcher in R&D department for NK with a mission to help inspire and motivate individuals to critically think about what they put in their bodies and to find balance through nutrition and lifestyle. 

Note : NK Age-Reverse is a research base product lead by Assoc Prof Dr Siti Hamidah and researcher from UTM specifically made to improve skin issue among Malaysian. Get the latest of our innovation HERE.

Leave a Reply

You cannot copy content of this page