Artikel ditulis oleh:
Dr Hasmida Nasir (Penyelidik di Jabatan R&D NK SHE Empire Sdn Bhd)
Hybrid Sunscreen Adalah Yang Terbaik???
Lately makin ramai yang berdebat tentang sunscreen jenis mana yang paling bagus.
Maklumlah kan, sunscreen ni kan banyak sangat jenis dia. Kadang-kadang sampai pening kepala nak pilih yang mana. Label pun macam-macam.
Belum lagi habis paham pasal SPF, pasal broad-spectrum, datang pulak viral sunscreen jenis baru – Hybrid Sunscreen yang kononnya paling bagus & selamat.
TAPI RUPANYA TAK!!!
Ok, buat yang masih baru tentang ilmu sunscreen ni, basically in general sunscreen kita boleh kategorikan kepada 2 jenis iaitu Physical Sunscreen (Mineral Sunscreen) dan Chemical Sunscreen.
Detail tentang 2 jenis sunscreen ni kita dah discuss hari tu di SINI.
So hari ini, saya akan kongsikan pula tentang Hybrid Sunscreen, dan kenapa sunscreen ni bukan yang the best…
Isi Kandungan:
Apa itu Hybrid Sunscreen?
Kalau anda pernah tahu tentang Physical & Chemical Sunscreen ni, mesti anda tahu tentang kelebihan & kelemahan masing-masing.
In theory, Hybrid Sunscreen ni dicipta untuk gabungkan “kelebihan” dari kedua-dua jenis sunscreen tadi kedalam 1 sunscreen yang baru. Sebab tu namanya “Hybrid”
Hybrid sunscreen menggabungkan bahan-bahan yang biasa digunakan dalam physical dan chemical sunscreen dengan matlamat, mampu menjadi sunscreen yang lebih bagus!
Untuk mudah faham tentang hybrid sunscreen ni, saya summaries dulu tentang kelebihan dan kekurangan physical (vs) chemical sunscreen:
CHEMICAL SUNSCREEN : PROS
UV filter untuk chemical sunscreen diformulasikan dari gabungan banyak bahan aktif kimia seperti avobenzone, octinoxate oxybenzone, dioxybenzone, ensulizole, dan homosalate.
✅ Light Texture:
Size partikal untuk bahan-bahan ini sangat halus membuatkan tektur sunscreen ini sangat ringan, jadi ia mudah meresap masuk ke dalam kulit & diratakan dengan cepat.
✅ No Whitecast
Paling orang suka tentang sunscreen ni adalah dia tidak akan meninggalkan kesan “whitecast” dipermukaan kulit & lebih selesa untuk dipakai.
CHEMICAL SUNSCREEN : CONS
⛔ Tak Diiktiraf Selamat :
Disebabkan UV Filter ini meresap ke dalam kulit hingga boleh menembusi saluran darah, terdapat beberapa laporan klinikal yang mengaitkan bahan-bahan tadi dengan kecacatan bayi dalam kandungan dan juga gangguan kepada hormon. Oleh itu, bahan ini ini tidak diiktiraf sebagai bahan kimia yang “selamat” oleh FDA
⛔ Sensitif Kepada Kulit :
Selain dari lebih senang pori-pori tersumbat, bahan-bahan ini juga boleh menyebabkan irritasi pada kulit. Jadi golongan berkulit sensitif seperti kanak-kanak dan mereka yang mempunyai masalah kulit kronik seperti ekzema, psoriasis dan rosacea tidak sesuai menggunakan sunscreen jenis ini.
PHYSICAL SUNSCREEN : PROS
✅ DIIKTIRAF SELAMAT & EFFECTIVE:
Bahan UV Filter untuk physical sunscreen hanya 2, iaitu Zinc Oxide dan Titanium Dioxide. Hanya 2 bahan ini sahaja yang diiktiraf sebagai “GRASE” (Generally Recognized As Safe and Effective) oleh FDA.
✅ LEMBUT & MESRA KULIT :
Bahan aktif physical sunscreen tidak menyerap masuk ke dalam kulit, sebaliknya membentuk lapisan perlindungan di atas kulit. Jadi, mereka yang berkulit sensitif seperti kanak-kanak lebih sesuai menggunakannya.
PHYSICAL SUNSCREEN : CONS
⛔MENINGGALKAN WHITECAST :
Bahan UV filter physical sunscreen adalah dari jenis “mineral” yang berwarna putih. Disebabkan ia tidak meresap ke dalam kulit, jadi ia akan meninggalkan kesan putih (whitecast) pada kulit.
⛔TAK SESUAI PELAPIS MAKEUP :
Tekstur physical sunscreen biasanya lebih tebal. Jadi jika tidak diratakan dengan betul, kadang kala mengganggu solekan pada wajah membuatkan kelihatan seperti bercapuk.
Untuk lebih detail tentang keburukan chemical sunscreen ni, boleh rujuk pada artikel SINI
Kesan “Best of The Both”
Sekarang kita dah tahu kelebihan kedua-dua jenis sunscreen tu, so aim manufature hybrid sunscreen ni adalah untuk hasilkan sunscreen dari bahan yang selamat seperti physical sunscreen, tapi texture yang light, tak melekit & tak meninggalkan whitecast seperti chemical sunscreen.
So apa yang manufacturer buat, mereka akan adunkan bahan-bahan kimia untuk hasilkan UV filter chemical sunscreen tadi tu dengan Zinc Oxide dan Titanium Dioxide (yang guna dekat physical sunscreen).
Ok, nampak macam mudah je kan? Tapi rupanya bahan Zink Oxcide tak boleh dicampur sebarangan terutamanya dengan bahan-bahan dari chemical sunscreen.
Jadi, adakah masih selamat hybrid sunscreen ni?
Kesan Negetif Tindak Balas Kimia Hybrid Sunscreen
Chemical sunscreen mengandungi bahan-bahan aktif dengan tahap bahaya yang masih meragukan. Tapi, ia masih diterima sebagai sunscreen yang baik kerana tidak semua orang mengalami masalah iritasi selepas menggunakannya.
Tapi berlainan pula untuk kes hybrid sunscreen. Menurut kajian oleh sekumpulan saintis, apabila bahan dari chemical sunscreen dicampur zinc oxide, formula yang asalnya tidak bertoxic bertukar menjadi toxic selepas dibiarkan 2 jam!!!
Perlindungan Terhadap Sinar UVA Menurun
Hasil kajian mendapati, formulasi hybrid ini memiliki tahap perlindungan terhadap UVA (punca kepada penuaan kulit) yang lebih rendah dan membuktikan kehadiran zinc oxide mengganggu fungsi bahan-bahan aktif dalam chemical sunscreen.
Lima formulasi chemical sunscreen dengan SPF15 didedahkan kepada sinar UV selama dua jam. Rekod menunjukkan ia bagus dalam melindungi kulit daripada sinar UVA.
Formulasi tersebut seterusnya diuji dengan menambah 6% zinc oxide yang merupakan bahan yang digunakan dalam kebanyakan hybrid sunscreen. Rekod kali ini menunjukkan faktor perlindungan UVA telah menurun lebih banyak sehingga 90%.
Faktor Perlindungan UVA Selepas 2 Jam | |
Hybrid Sunscreen (tambahan 6% zinc oxide) | Menurun sebanyak 84.3% – 91.8% |
Chemical Sunscreen | Menurun sebanyak 15.8% |
Oleh kerana tindak balas kimia ini juga, Profesor Richard Blackburn menasihatkan agar berwaspada ketika menggunakan produk kosmetik yang mengandungi SPF bersama-sama chemical sunscreen.
Wajah yang disapu chemical sunscreen, kemudian ditambah bedak tabur ber-SPF yang mengandungi zinc oxide sebagai UV filter, berkemungkinan tinggi tidak mendapat perlindungan sewajarnya daripada sinar UVA.
Bahaya Untuk Bayi Kandungan
Selain mengurangkan perlindungan terhadap sinar UVA, hybrid sunscreen bahaya untuk bayi dalam kandungan.
Kajian menunjukkan embryo ikan yang terdedah kepada formulasi hybrid sunscreen mengalami perkembangan yang tidak normal. Sirip ikan tidak sekembang seperti sepatutnya dan badan ikan juga lebih pendek. Pengkaji menyimpulkan formulasi hybrid sunscreen adalah toksik.
Zinc oxide turut diuji secara berasingan dan pemerhatian menunjukkan ia lebih selamat untuk perkembangan embryo.
Antara Physical, Chemical dan Hybrid Sunscreen – Mana yang Lebih Selamat
Ok, kita dah explain panjang lebar tentang risiko hybrid sunscreen. So now, kembali kepada soalan paling utama:
“Jadi, sunscreen yang mana yang paling selamat untuk saya?”
Bagi chemical sunscreen, meski berkesan dalam melindungi kulit daripada sinar UV, tapi tetap mengandungi bahan-bahan yang berkemungkinan tinggi bahaya untuk tubuh bagi jangka masa panjang.
Chemical sunscreen mungkin tidak menyebabkan iritasi segera kepada anda, tapi ingat… ia berpotensi tinggi mengganggu sistem hormon tubuh badan. Sebab itu, wanita dinasihati berhenti menggunakan chemical sunscreen ketika mengandung. Ia membahayakan bayi dalam kandungan.
Selain itu, seandainya menggunakan chemical sunscreen, anda berpotensi menukarkan ia menjadi hybrid sunscreen secara tidak sengaja.
Kebanyakan produk seperti pelembap, foundation dan bedak tabur mungkin menggunakan zinc oxide sebagai UV filter bagi menjadikan ia produk ber-SPF.
Jadi awas… sekiranya anda gunakan chemical sunscreen bersama-sama kosmetik ber-SPF yang tidak diketahui bahannya, anda mungkin telah mengurangkan perlindungan sinar UVA secara tidak sengaja.
Kan dah jadi sia-sia je pakai sunscreen kalau macamni kan?
Pilihan yang lebih selamat semestinya physical sunscreen. Sunscreen jenis ini hanya membentuk lapisan perlindungan di atas kulit. Malah, kajian terhadap embryo ikan menunjukkan perkembangan normal-membuktikan ia selamat untuk wanita mengandung atau kanak-kanak sekali pun.
Tapi macamana nak elakkan whitecast physical sunscreen ni? kan nanti tak cantik la kulit nampak bercapok-capok?
Jangan risau, dengan kemajuan dalam bidang nano-teknologi sekarang, masalah ini telah pun berjaya diselesaikan.
Physical Sunscreen Generasi Baru Hasill Kajian R&D Oleh UTM
NK Age Reverse Sunscreen (NKSS) ialah sunscreen “generasi baru” hasil kajian pakar-pakar nano-teknologi dari UTM yang diketuai sendiri oleh pengasasnya, Prof Madya Dr Siti Hamidah.
Tidak seperti physical sunscreen yang lain, NKSS menggunakan nano-UV filter dan bahan emollient berkualiti tinggi yang tekturnya bukan sahaja sangat lembut tidak melekit & meninggalkan kesan “white cast”, tapi juga berfungsi mengekalkan kelembapan kulit.
Menggunakan Zinc Oxide dan Titanium Dioxide sebagai UV filter SPF35 & PA++ (broad spectrum protection) sunscreen ini cukup dalam memberi perlindungan terbaik terhadap sinar UVB dan UVA tanpa menyebabkan alahan pada kulit dijamin selamat oleh FDA.
Digabungkan bersama dengan teknologi anti-aging bertaraf dunia – BeuT-Complex™ (50 anugerah local & antarabangsa),NKSS bukan hanya melindungi kulit dari sinar UV, tapi juga merawat kulit hingga ke akar (terutamanya masalah pigmentasi) dan membantu mempercepatkan pemulihan sel-sel kulit yang rosak supaya kulit kembali kelihatan lebih “muda”, cerah, dan berseri.
Boleh dapatkan NK Age Reverse Sunscreen di SINI.
Note : NK Age-Reverse is a research base product lead by Assoc Prof Dr Siti Hamidah and researcher from UTM specifically made to improve skin issue among Malaysian. Get the latest of our innovation HERE.
About Author:
Dr Hasmida Nasir has her PhD in Bioprocess Engineering, and is the researcher in R&D department for NK with a mission to help inspire and motivate individuals to critically think about what they put in their bodies and to find balance through nutrition and lifestyle.
References:
Age-Reverse.my has strict sourcing guidelines and relies on peer-reviewed studies, academic research institutions, and medical associations. We avoid using tertiary references.