“Kenapa Bila Kawan Saya Guna Produk Ni 2 Bulan Dah Hilang Jeragat, Tapi Saya Tak pun?”

Hasil kajian dari data pelanggan, kami dapati hampir 70% pengguna produk Age-Reverse adalah mereka yang berumur antara 45-65 tahun. Antara soalan yang paling kerap di tanya adalah tentang jeragat:

“Kenapa jeragat saya tak nampak perubahan pun compare dengan mereka yang baru guna sebulan-dua?”

Tak menghairan saya sebab jeragat ni memang masalah majority wanita apabila mula menjejak 40an.. Masalah jeragat ni rumit skin nak explain sebab melibatkan sains kullit dan jargon-jargon yang jarang kita dengar.

Jadi hari ni saya akan cuba explain dalam bahasa yang mudah supaya cik puan semua akan betul-betul faham dan lebih yakin dengan produk Age-Reverse ni. Kalau tak berkesan, takkan produk ni boleh diiktiraf dunia dengan menang pelbagai award kan?

KENAPA JERAGAT NI LAMA NAK HILANG?

Lapisan kulit kita yang dikenali sebagai Epidermis ada 5 lapisan. Lapisan paling luar, yang boleh sentuh tu, adalah Stratum Corneum. Lapisan kulit paling dalam adalah Stratum Basale.  (rujuk gambar rajah)

Integumentary System Parts And Their Functions

Sel kulit baru akan dihasilkan di lapisan Stratum Basale iaitu lapisan paling bawah sekali. Sel yang baru ni kemudiannya akan naik ke lapisan demi lapisan sampailah ke lapisan paling luar, iaitu lapisan corneum. Kat sini la semua sel-sel kulit akan mati dan berkumpul. Kalau tak dibuang (cuci atau scrub) boleh jadi penyebab macam-macam masalah.

Setiap hari akan ada sel baru terhasil untuk gantikan sel-sel yang mati/rosak. Proses dari mula sel kulit dihasilkan, naik sampai atas dan jadi sel mati ni kita panggil “Skin Physiology” atau proses kitaran kulit. Purata tempoh kitaran ni lebih kurang 4 minggu (28 hari).

Tempoh ni boleh jadi makin lambat apabila usia kita makin meningkat. Contoh, untuk yang berumur 40an lebih kurang 40 -60 hari, dan bagi umur sekitar 50an adalah 60-90 hari. Faktor lain seperti hormon, keadaan kesihatan dan tekanan juga boleh mempengaruhi tempoh kitaran ni.

JERAGAT BERLAKU DI LAPISAN KULIT BAWAH

Sinaran UV matahari mengandungi radiasi yang boleh merosakkan sel kulit. Bila kita terkena siranan matahari, lapisan kulit kita yang paling bawah ni ada 1 sel yang namanya melanocyte – akan produce extra “protective pigmen” yang bewarna coklat dipanggil melanin.

Melanin yang terhasil ni akan di dipindahkan ke dalam sel-sel keratinocyte yang berada di lapisan tengah epidermis. Fungsi melanin ni adalah untuk menyerap dan meneutraliskan radiasi sinar UV yang bahaya ni dari merosakkan kulit.

Perasan tak kalau kita berjemur tengah panas, kulit akan jadi gelap/terbakar (sunburn). Itulah dia melanin yang terhasil berlebihan. Tapi lepas beberapa tempoh, melanin ni tadi akan dicerna balik oleh sel-sel keratinocyte dan dipindah naik kelapisan atas semasa kitaran kulit berlaku. Oleh itu warna kulit pun akan kembali kepada asal.

Tapi, apabila usia dah meningkat (especially over 30’s), sel keratinocyte ni dah mula kurang aktif dan kitaran kulit semakin perlahan. Jadi melanin yang berlebihan dalam sel ni tadi lambat dicerna ataupun tak dapat dicerna 100%.

Melanin yang tak dicerna tadi tu akan “berkumpul dan bergabung” untuk membentuk tompokan gelap yang kita kenali sebagai “hyper-pigmentation” such as – sunspot, freckle, age spot, melasma etc… Melayu kita panggil jeragat je untuk semua ni…

(boleh sambung baca SINI untuk detail bagaimana jeragat terbentuk)

KENAPA JERAGAT BOLEH ON/OFF?

Sel melanocyte ni kalau bermasalah, dia akan keep produce melanin dan transfer masuk ke sel-sel keratinocyte kemudian akan ikut naik lapisan demi lapisan kulit dalam tempoh proses kitaran kulit berlaku. (kita panggil sel berjeragat)

Itulah sebabnya kadang-kadang jeragat akan nampak makin terang bila sel berjeragat ni naik ke lapisan yang menghampiri lapisan kulit luar semasa proses kitaran kulit berlaku. Kemudian pudar balik bila sel kulit tu mati atau dicuci. (ON/OFF)

Atau ada juga kes yang jeragat dah hilang bila guna sesuatu produk atau rawatan laser, tapi naik balik selepas sebulan dua. Ini kerana produk tersebut hanya mencerahkan dan membuang sel kulit mati di permukaan atas sahaja tapi lapisan dimana melanin dihasilkan masih lagi bermasalah. Jadi bila kulit baru terhasil, masalah jeragat tadi akan datang balik.

Sebab tu penting untuk rawat masalah jeragat ni mesti bermula dari lapisan bawah. Bila sel paling bawah ni dah sihat, kulit baru yang terhasil nanti barulah akan bebas dari masalah jeragat. Tapi proses ini akan ambil masa yang lama kerana sangat bergantung kepada proses kitaran kulit. Jadi sangat-sangat perlu bersabar.

Berapa lama kena bersabar??? 

Depend pada usia dan bagaimana anda menjaga kulit sebelum ni. Untuk sesetengah kes, jeragat ni perlu tunggu 2-3x kitaran kulit berlaku untuk nampak kesan. Boleh jadi 2 bulan, boleh jadi 6 bulan, mungkin lebih lama kalau tak pernah jaga kulit dengan betul waktu muda dulu. 

Gaya hidup aktif tanpa penggunaan sunscreen, atau guna produk produk tinggi synthetic boleh menyebabkan masalah jeragat apabila usia meningkat ke 40an

#4 LANGKAH BAGAIMANA AGE-REVERSE MERAWAT MASALAH JERAGAT

Vitamin, enzim protin yang terdapat dalam bahan aktif sesuatu formulasi boleh membantu untuk merawat kulit. Namun bahan aktif ini tak boleh menyerap masuk ke lapisan kulit bawah dengan sendirinya. Kalau kita sapu, dia hanya akan stay dipermukaan kullit luar sahaja.

Jadi sebagus manapun bahan yang digunakan tanpa disokong dengan teknologi bagi membantu penyerapan, maka ia hanya bertindak di permukaan kulit sahaja.. Bila kulit baru terhasil, masalah yang sama akan datang balik kerana lapisan dimana sel baru terhasil (stratum basale) masih lagi bermasalah.

.

#1.
Mengangkut bahan aktif terus ke lapisan kulit bawah

Di sinilah kepentingan teknologi-nano seperti BeuT-Complex™ yang digunakan oleh produk Age-Reverse hasil R&D dari UTM untuk membantu menyelesaikan masalah jeragat. 

Dengan bantuan teknologi-nano, bahan aktif di dalam produk  Age-Reverse akan diangkut masuk terus ke dalam lapisan kulit bawah supaya sel-sel kulit boleh menyerap vitamin, protin dan enzim dari bahan aktif tadi dengan lebih optimum. Jadi sel baru yang bakal dihasilkan nanti akan lebih berkualiti. 
.
Tidak seperti produk lain, Age-Reverse bukan hanya merawat lapisan kulit luar, tapi benar-benar bertindak dari dalam untuk memperbaiki masalah jeragat.

.

#2.
Mempercepatkan Kitaran Penghasilan Sel Kulit Baru

Bahan seperti Bee Venom dan Hyaluronic Asid yang terdapat dalam formulasi BeuT-Complex™ terbukti dalam banyak kajian sangat berkesan untuk mempercepatkan metabolisme sel kulit, sekali gus mempercepatkan proses kitaran penghasilan kulit baru. Jadi sel-sel berjeragat boleh diganti dengan sel baru yang berkualiti dengan lebih pantas.

Bergantung kepada tahap kerosakan kulit walaupun sel yang baru terhasil lebih berkualiti, mungkin terpaksa perlu tunggu hingga 2-3 kitaran untuk nampak hasil yang ketara. 

.

#3.
Hasilkan Sel-Sel Baru Yang Lebih Kualiti

Vitamin, enzim dan protin yang terdapat dalam formulasi BeuT-Complex™ sangat powerful untuk merawat lapisan kulit bawah. Apabila sel dilapisan ini sudah dipulihkan, maka sel-sel baru yang bakal dihasilkan akan lebih berkualiti. Bila sel-sel seperti keratinocyte ini berkualiti, maka melanin dapat dicerna semula dengan lebih effective untuk improve masalah jeragat.

.

#4.
Mengurangkan Enzim Tyrosinase

Enzim tyrosinase adalah penggalak kepada penghasilan melanin. Maksudnya, makin banyak enzim tyrosinase wujud dalam sel melanocyte, makin banyak melanin dihasilkan. Jadi apabila penggalak melanin dikurangkan, secara automatik melanin juga akan berkurangan.

Natural Tyrosinase Inhibitor seperti yang terdapat dalam produk Age-Reverse dapat  mengurangkan ransangan enzim tyrosinase sehingga tiada pengeluaran pigmen yang berlebihan pada kulit.

VALUE SEBENAR YANG AGE-REVERSE TAWARKAN

Misi produk Age-Reverse sebenarnya bukan untuk merawat jeragat semata-mata. Tapi yang paling utama adalah untuk membantu merawat kulit anda supaya kembali sihat

Nak cantik sebenarnya tak perlu jadi putih. Cukuplah dengan kulit yang sihat. Ramai je celebriti termasuk dari hollywood yang berkulit gelap tapi tetap nampak cantik sebab kulit mereka yang sihat.

Kulit yang sihat akan lebih lembab dan gebu, rasa lebih anjal dan glowing, bebas dari kedutan, tona juga akan jadi sekata dan lebih cerah (bukan putih). Dengan kulit yang sihat, anda tetap akan kelihatan lebih cantik walaupun masih ada lagi bintik-bintik jeragat.

Kulit yang sihat juga automatic akan buatkan anda kelihatan lebih muda dari usia. Cuba bayangkan dikalangan rakan-rakan sekerja, andalah yang kelihatan paling muda diantara mereka. Inilah value sebenar yang produk Age-Reverse tawarkan kepada anda.

“LOOK YOUNGEST”

Reviewed By:

Assoc. Prof. Dr. Siti Hamidah Mohd Setapar is a research fellow at Centre of Lipid Engineering and Applied Research, Universiti Teknologi Malaysia and also Head of Wellness Innovation Technologies (WIT) lab in MJIIT UTM which focus on research to improve the quality of skincare & invent a new product using latest technology such as NK Age-Reverse series.

Note : NK Age-Reverse is a research base product lead by Assoc Prof Dr Siti Hamidah and researcher from UTM specifically made to improve skin issue among Malaysian. Get the latest of our innovation HERE.

MORE ARTICLE

Leave a Reply

You cannot copy content of this page