Kulit Gelap Tak Perlu Pakai Sunscreen

Artikel ditulis oleh:
Dr Hasmida Nasir (Penyelidik di Jabatan R&D NK SHE Empire Sdn Bhd)

Perlukah individu berkulit gelap memakai ‘SUNSCREEN’?

See the source image

Soalan ni agak kontroversi & hangat dibincangkan oleh kebanyakan orang. Kalau kita google soalan ni, ada lebih 70juta hasil carian & hampir semuanya menyatakan YES, kulit gelap pun perlukan sunscreen. Tapi pelik, orang masih lagi berdebat tentang ni bertahun-tahun.

Kalau dilihat pada aspek sunscreen, sebenarnya penggunaan sunscreen ni tidak di hadkan kepada kulit yang cerah sahaja. Kenapa? Sebab sinar UV ni dia tidak boleh pilih kulit. Ia bukannya boleh pilih dia nak serang kulit cerah sahaja, tak serang kulit gelap.

So bottom line is, tak kiralah sama ada anda mepunyai kulit cerah,sederhana atau gelap, sunscreen amat- amat penting. Sinar UV ni bukan saja boleh menyebabkan kulit kita akan terbakar (sunburn/tanned), tapi juga boleh mematikan sel-sel kulit dan penyebab utama kenapa muka kita nampak tua sebelum usia termasuklah masalah kulit lain terutamanya hyper-pigmentation (jeragat & tompok hitam).

.

Tapi kenapa ada yang cakap kalau berkulit gelap tidak perlu ‘sunscreen’

.

Pertama-tama sekali kenapa ada orang yang mengatakan begitu adalah kerana mereka tidak faham bagaimana kerosakan dalaman kulit disebabkan oleh sinaran UV matahari ni berlaku.

Sebelum kita discuss pasal ni, mula-mula sekali kita kena tahu dulu apa tu Melanin & kaitannya dengan warna kulit manusia.

Apa tu Melanin & kaitannya dengan kulit manusia.

 

Dalam bahasa mudah faham untuk explain tentang melanin ni, ia adalah pigmen-pigmen berwarna yang terdapat pada kulit, mata, rambut dan juga telinga dan tisu otak. Ia dihasilkan oleh sel-sel khas yang dipanggil melanosit dan disimpan dalam kantung (vesikel) dalam melanosit yang dipanggil melanosomes.

Pigmen-pigmen melanin inilah yang menentukan warna kulit seseorang. Lagi gelap kulit, lagi banyak la melanin dekat kulit dia. Faham kot setakat ni?

See the source image

Next, apa fungsi melanin ni & apa kaitannya dengan sinar UVA/UVB pula?

Fungsi Melanin sebagai pelindung semula jadi kepada kulit.

.

Dalam cahaya matahari tu ada 2 jenis sinaran yang merbahaya kepada sel-sel kulit manusia iaitu UVA & UVB (boleh matikan sel & rosakkan DNA). Sebagai tindak balas apabila terkena sinaran ni, kulit kita akan produce extra melanin.

Sebab tu bila berjemur tengah panas, kulit kita akan nampak gelap macam terbakar. Yang gelap-gelap inilah melanin.

Fungsi melanin ni adalah sebagai pelindung kepada sel-sel kulit dengan menyerap sinar UV ini dari  terus sampai ke sel-sel kulit. Jadi, sel-sel kulit ni selamat la dari dirosakkan oleh UV tadi… So in theory, makin gelap kulit kita, maknanya makin banyak la melanin means mesti la makin power nak lawan UV ni kan?

Di sinilah datangnya teori yang cakap orang kulit gelap tak perlu sunscreen sebab dah banyak melanin dalam kulit mereka. Dan mereka beranggapan bahawa kulit mereka dah gelap, tambah gelap sedikit lagi tak apalah.

Dah hampir betul dah teori tu, Cuma ada 1 je masalah, iaitu melanin tak mampu untuk absorb 100% UVA. Kajian menunjukkan 55% (untuk kulit cerah) dan 17.4% (untuk kulit gelap) sinar UVA masih boleh menembusi sel kulit – cukup untuk menyebabkan berlakunya kerosakan pada DNA kulit dan sel-sel bermutasi. Inilah yang menjadi punca kenapa masalah kulit seperti cepat tau, berkedut, masalah tona etc berlaku.

Bahaya sinar Ultraviolet A (UVA) 

UVB adalah cahaya yang kita boleh nampak dengan mata kasar. Kalau terdedah terus cahaya terik matahari, itu lah UVB.

Wavelength UVB pendek, dia tak boleh tembus jauh ke dalam lapisan kulit, hanya bertindak dipermukaan kulit sahaja. 

Kalau kita nampak kesan terbakar (sunburn) di kulit, itulah kesan dari UVB. UVB senang dihalang, tak boleh tembus awan ataupun tingkap kaca. Jadi kalau cuaca mendung atau dalam kawasan indoor, kita dah terselamat dari UVB.

See the source image

Berbeza dengan UVB, UVA mempunyai wavelength yang lebih panjang. Jadi UVA dia berupaya untuk tembus awan, tingkap, malah boleh tembus jauh lebih kedalam lapisan kulit (dermis). 

Perasan tak kalau indoor contoh dalam rumah ke, bilik darjah ke, waktu siang kita tak perlu buka lampu sebab dah cukup terang dengan “natural light” yang masuk. UVA ni juga terdapat dalam cahaya “natural light” tu. Maksudnya, kawasan indoor (rumah atau kereta) pun masih boleh terdedah dengan UVA.

Sinar UVA mampu menembusi lapisan kulit paling dalam dan merosakkan protein seperti kolagen dan elastin yang memberi keanjalan kepada kulit kita. Ia juga boleh menghasilkan radikal bebas yang mempercepatkan proses penuaan kulit, terbentuknya garis-garis halus & kedutan.

Senang cakap, muka nampak tua dari usia sebenar. Lebih teruk, kanser kulit pun boleh dapat.

(Baca kisah uncle Bill yang muka senget sebelah sebab terdedah dengan sinar UV SINI)

Tapi ada kajian kan cakap yang orang kulit gelap ni kurang risiko untuk dapat kanser kulit?

.

Ye betul, tak dinafikan memang ada kajian menunjukkan mereka yang berkulit gelap lebih KURANG berisiko mendapat kanser kulit berbanding yang berkulit cerah. Tapi, peratusan yang mati akibat kanser kulit LEBIH TINGGI dikalangan mereka yang berkulit hitam.

Satu kajian oleh Jurnal Akademi Dermatologi Amerika menyatakan bahawa orang kulit gelap (bangsa African-American, Asian-American, asli Amerika, dan Kepulauan Pasifik) percaya yang mereka “kebal” dari sinar UV, jadi kurang ambil kisah tentang kanser kulit dan tak kisah untuk protect kulit. Jadi bila dah diagnose dengan kanser ni, biasanya dah stage akhir, dah susah untuk dirawat.

Cuba pikir kalau orang kulit gelap legam macam afrika pun masih berisiko, apatah lagi kalau kulit sawo matang macam orang Melayu kita ni kan? 

Di negara-negara yang beriklim tropika seperti Malaysia, boleh dikatakan penggunaan sunscreen sebenarnya lebih kepada melindungi kulit dari kesan penuaan dan masalah kulit yang disebabkan oleh sinar UV. Namun tak bermakna kanser kulit di Malaysia jarang berlaku. Menurut laporan dari Majlis Kanser Negara (MNCRR), kanser kulit termasuk dalam 10 kanser tertinggi di Malaysia (102pesakit/100,000populasi) dan menunjukkan peningkatan setiap tahun.

 

Melanin ni protect against UVB, Tapi kenapa ada orang guna skincare untuk reduce melanin ni pulak?

.

Fitrah yang Tuhan ciptakan kejadian di bumi ni, semua perkara yang yang bermanfaat tu kalau kita ambil kuantitinya berlebihan, pasti akan memudaratkan (gula, tidur, exercise, etc). Sama la macam melanin ni juga. Cuma mudaratnya bukan pada kesihatan, tapi lebih kepada penampilan diri.

Dalam kulit kita ni ada lagi 1 sel yang dinamakan keratonosit. Melanin yang terhasil akan dihantar masuk ke dalam sel ini sebagai protector kepada sel ini yang kemudian akan dicerna oleh lysosomal setelah beberapa tempoh. 

Sebab tu walaupun kulit nampak terbakar, tapi lepas beberapa lama, warna kulit akan kembali kepada asal sebab melanin yang lebih-lebih tu dah dicerna oleh sel ni.

Tapi, apabila usia makin meningkat (especially over 30’s), kulit kita dah mula kurang aktif hasilkan sel ni. Kadar metabolisma pun dah makin kurang, jadi penghasilan sel-sel baru pun makin lambat. Jadi melanin yang berlebihan tadi tu lambat ataupun tak dapat dicerna 100%.

Lepas tu apa jadi? Sel-sel melanin yang tak dicerna tadi tu akan “berkumpul dan bergabung” pada satu-satu tempat lalu membentuk tompokan yang kita kenali sebagai “hyper-pigmentation” such as – sunspot, freckle, age spot, etc… Melayu kita panggil jeragat je untuk semua ni..

See the source image

Walaupun tak bahaya, tapi sangat-sangat la ramai yang stress bila ada jeragat ni. To the point sampai sanggup invest beribu-ribu ringgit setiap bulan buat treatment untuk hilangkan jeragat.

Paling best, ada yang sanggup setiap bulan tukar macam-macam produk sebab jeragat ni tak hilang-hilang. Lepas tu mula la muka lagi teruk sebab dah kena hakis dengan bahan-bahan kimia synthetic dalam produk tu. Kan senang kalau awal-awal lagi pakai sunscreen, tak de la jeragat tu sampai level kritikal macam sekarang… 

Silap-silap, tak payah pakai produk-produk lain dah, muka dah cukup bersih & sentiasa muda dengan guna sunscreen je. (ada tau orang buat macam ni je)

Jadi, sunscreen yang macamana sesuai untuk orang kulit gelap?

.

First, lepas ni bila dengar ada orang cakap kita tak perlu sunscreen for whatever reason (muda lagi la, kulit gelap la, etc) please jangan percaya lagi dah.

Tak kira la kulit gelap ke, kulit sederhana ke, atau cerah, amat saya cadangkan untuk menggunakan sunscreen minima SPF30 ataupun tertulis broad-spectrum. Dan cari yang bertulis PA, PA++.

Tapi hati-hati ye, TAK SEMUA sunscreen itu sama. Salah pilih, memang berisiko untuk dapat macam-macam masalah nanti, lagi-lagi kalau tengah pregnant atau breast feeding. Ada kajian yang cakap sesetengah bahan dalam sunscreen boleh menyebabkan kecacatan pada bayi kandungan?

Haa, kalau takut tersalah pilih sunscreen macam mana yang selamat, boleh sambung baca artikel ni:

👉🏽 4 faktor penting pemilihan sunscreen yang selamat & berkesan.

👉🏽 Physical ke Chemical Sunscreen : Mana Yang Lebih Selamat?

About Author:

Dr Hasmida Nasir has her PhD in Bioprocess Engineering, and is the researcher in R&D department for NK with a mission to help inspire and motivate individuals to critically think about what they put in their bodies and to find balance through nutrition and lifestyle. 

Note : NK Age-Reverse is a research base product lead by Assoc Prof Dr Siti Hamidah and researcher from UTM specifically made to improve skin issue among Malaysian. Get the latest of our innovation HERE.

Leave a Reply

You cannot copy content of this page