Artikel ditulis oleh:
Dr Hasmida Nasir (Penyelidik di Jabatan R&D NK SHE Empire Sdn Bhd)
Sah ke Wuduk, Kalau Pakai Sunscreen? Ini jawapan Mufti & Prof Dr Siti
Ramai wanita sedia maklum, sekiranya bersolek tebal, maka wajib untuk kita cuci bersih semua mekap sebelum berwuduk. Tetapi apabila sekadar memakai produk penjagaan kulit asas seperti sunscreen, ramai mula ragu-ragu –
“Adakah cuci wajah dengan air sahaja sudah memadai sebelum berwuduk?”
Keraguan ini berpunca daripada sifat sunscreen itu sendiri. Kita faham ia bersifat “melapisi” kulit apabila disapu. Namun disebabkan kesannya tidak ketara seperti memakai foundation, ramai wanita ragu-ragu.
Hal ini kerana syarat sah wuduk ialah air mesti menyentuh pada kulit. Sekiranya ada penghalang, ia mesti dihilangkan terlebih dahulu.
Dalam artikel kali ini, kita bertanya pendapat Prof Dr. Siti tentang sah wuduk melalui sudut pandang seseorang yang menyelidik produk penjagaan kulit.
Adakah sunscreen kalis air?
Pertama sekali, tidak ada sunscreen kalis air atau istilahnya, “waterproof”. Bahkan, NPRA atau badan yang mengawal selia keselamatan bahan kimia dalam produk untuk pengguna juga melarang pengeluar meletakkan label “sweatproof” atau “waterproof” (rujuk SINI). Sebabnya, tidak ada sunscreen yang benar-benar kalis air.
Label “waterproof” juga berkemungkinan memberi tanggapan salah kepada pengguna, terutamanya yang bermain sukan air bahawa mereka akan mendapat perlindungan yang lebih terhadap sinar UV apabila menggunakannya.
Meski tidak ada sunscreen kalis air, para penyelidik telah berjaya menghasilkan sunscreen “tahan air” atau “water resistant”. Kejayaan ini rentetan teknologi dan penyelidikan terhadap bahan sunscreen yang semakin bagus.
Sunscreen yang berlabel “water resistant” biasanya mampu melindungi kulit sehingga 80 minit. Bahkan, ada yang mampu bertahan sehingga 240 minit!
Bahan dalam sunscreen
Bagi menghasilkan formulasi sunscreen, tidak kira yang berlabel “water resistant” atau tidak, antara bahan asas yang digunakan adalah terdiri daripada UV filter, emolien yang bersifat minyak dan film-forming agent.
Bahan-bahan ini penting bagi melindungi kulit daripada sinar UV dan pada masa yang sama memberi tekstur yang sesuai dalam membentuk lapisan perlindungan yang sempurna. Sunscreen yang bersifat “water resistant” pula, biasanya akan ditambah dengan polimer bagi menahan air.
Bahan-bahan sunscreen ini secara amnya akan berkurang selepas tempoh tertentu. Selain itu, ia akan hilang apabila terkena tangan akibat menggaru atau bergeser dengan fabrik. Oleh itu, kita disarankan untuk mengulang sapu sunscreen setiap dua ke empat jam bagi mengekalkan lapisan perlindungan terhadap sinar UV.
Namun, istilah “menipis” atau “mudah hilang” ini tidaklah memberi jaminan ia akan tanggal sepenuhnya apabila dicuci dengan air. Banyak bahan dalam sunscreen hanya akan terlarut sepenuhnya dengan surfaktan seperti miscellar water dan pembersih wajah.
Tahu tak?
Jika dibilas dengan air semata, ada kemungkinan lebihan sunscreen masih melekat pada wajah. Tambahan pula, ramai wanita memilih sunscreen dengan SPF tinggi yang akan menghasilkan tekstur lebih tebal dan semestinya lebih sukar ditanggalkan.
Sunscreen yang diformulasi hasil penyelidikan berbelas tahun kami bertekstur ringan dan hanya memerlukan lima dot untuk membentuk lapisan perlindungan terhadap sinar UVA dan UVB. Menariknya, meski “ringan” dan “nipis” apabila disapu pada wajah, sunscreen ini terbukti efektif secara klinikal dalam menghalang sinar UV.
Ia turut mengandungi emolien sebagai pelembap dan tambahan kandungan anti-penuaan premium seperti bee venom dan hyaluronic acid yang akan membantu anda menyelesaikan masalah pigmentasi serta tona kulit tidak sekata dengan berkesan.
Hukum sah wuduk dari pandangan Mufti
Isu wuduk sah atau tidak sekiranya memakai sunscreen telah pun diulas beberapa tahun lalu oleh Mufti Wilayah Persekutuan (sini)
Ini petikan daripada laman web tersebut:
“Justeru, jika terdapat pada anggota wuduk suatu bahan kosmetik yang menghalang air wuduk daripada sampai ke kulit, atau yang mengubah air wuduk itu, maka wajib ditanggalkan dengan sempurna sebelum basuhan wuduk.
Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan wuduk itu tidak sah. Namun begitu dimaafkan jika kesan bahan kosmetik itu, sama ada pelembab atau krim pelindung matahari, terlalu nipis sehingga tidak menghalang air daripada kulit dan terlalu sedikit sehingga tidak mengubah sifat air mutlak tersebut.”
Sebelum ini, kita sudah pun faham bahawa jika sekadar mencuci dengan air, ada kemungkinan saki-baki sunscreen masih melekat pada wajah. Dan menurut pendapat Mufti yang dikeluarkan, adalah dimaafkan sekiranya lapisan sunscreen tersebut terlalu nipis atau saki-baki terlalu sedikit sehingga tidak mengubah sifat air mutlak.
Namun sebagai seorang Muslim, sebaiknya kita ambil pendekatan yang lebih meyakinkan dan selamat. Bilasan dengan air tidak mampu menanggalkan keseluruhan bahan sunscreen. Jadi pastikan kulit wajah dibersihkan tanpa ada sedikit saki-baki pun supaya wuduk yang diambil diyakini sah.
Lagi pula, sempurnanya wuduk akan menentukan sempurnanya solat seseorang. Solat itu tiang agama dan merupakan antara amalan pertama yang dihitung pada hari pembalasan kelak.
Kaedah terbaik membersihkan sunscreen sebelum berwuduk.
Bagaimana anda mencuci sunscreen sebelum ini?
Bahan-bahan dalam sunscreen sebenarnya dapat dihilangkan dengan mudah. Hanya dengan menggunakan surfaktan seperti pembersih wajah (cleanser), miscellar water dan make-up remover, anda dapat melarutkan bahan-bahan tadi sepenuhnya daripada kulit.
Pastikan juga surfaktan yang digunakan oleh pencuci muka sesuai dengan jenis kulit. Surfaktan yang mengandungi bahan synthetic seperti SLS boleh mengeringkan dan akan membuatkan kulit anda lebih cepat merengsa.
Paling terbaik, pilihlah surfactant yang berasaskan bahan natural seperti Sodium Methyl Cocoyl Taurate (SMCT) yang terdapat dalam cleanser Age-Reverse.
Surfactant ni sangat ‘mild’ atau ringan jadi sangat-sangat gentle especially untuk kulit yang sensitive. Selalunya mild surfactant memang kurang buih dan kurang iritasi pada kulit. Oleh itu, ia sesuai untuk semua jenis kulit – remaja, wanita mahupun lelaki tak kira usia (dari awal remaja hinggalah dah bercucu)
Kesimpulan
Sempurnanya solat bergantung kepada sempurnanya wuduk. Jika mahu wuduk sempurna, bersihkanlah kulit wajah dengan cara paling afdal iaitu dengan menggunakan surfaktan.
Sunscreen berkualiti keluaran Age Reverse telah menjalani ujian klinikal yang terbukti berkesan. Manakala surfaktan terbaik adalah Age Reverse cleanser yang menggunakan teknologi nano bagi membersihkan kulit wajah dengan lebih rapis dan pada masa yang sama merawat sel kulit rosak.
Physical Sunscreen Generasi Baru Hasill Kajian R&D Oleh UTM
NK Age Reverse Sunscreen (NKSS) ialah sunscreen “generasi baru” hasil kajian pakar-pakar nano-teknologi dari UTM yang diketuai sendiri oleh pengasasnya, Prof Madya Dr Siti Hamidah.
Tidak seperti physical sunscreen yang lain, NKSS menggunakan nano-UV filter dan bahan emollient berkualiti tinggi yang tekturnya bukan sahaja sangat lembut tidak melekit & meninggalkan kesan “white cast”, tapi juga berfungsi mengekalkan kelembapan kulit.
Menggunakan Zinc Oxide dan Titanium Dioxide sebagai UV filter SPF35 & PA++ (broad spectrum protection) sunscreen ini cukup dalam memberi perlindungan terbaik terhadap sinar UVB dan UVA tanpa menyebabkan alahan pada kulit dijamin selamat oleh FDA.
Digabungkan bersama dengan teknologi anti-aging bertaraf dunia – BeuT-Complex™ (50 anugerah local & antarabangsa),NKSS bukan hanya melindungi kulit dari sinar UV, tapi juga merawat kulit hingga ke akar (terutamanya masalah pigmentasi) dan membantu mempercepatkan pemulihan sel-sel kulit yang rosak supaya kulit kembali kelihatan lebih “muda”, cerah, dan berseri.
Boleh dapatkan NK Age Reverse Sunscreen di SINI.
Note : NK Age-Reverse is a research base product lead by Assoc Prof Dr Siti Hamidah and researcher from UTM specifically made to improve skin issue among Malaysian. Get the latest of our innovation HERE.
About Author:
Dr Hasmida Nasir has her PhD in Bioprocess Engineering, and is the researcher in R&D department for NK with a mission to help inspire and motivate individuals to critically think about what they put in their bodies and to find balance through nutrition and lifestyle.
References:
Age-Reverse.my has strict sourcing guidelines and relies on peer-reviewed studies, academic research institutions, and medical associations. We avoid using tertiary references.