Sunscreen Jenis Mana Yang Lebih Selamat & Tak Pedihkan Kulit?

Artikel ditulis oleh:
Dr Hasmida Nasir (Penyelidik di Jabatan R&D NK SHE Empire Sdn Bhd)

Fizikal Sunscreen Ke Chemical Suncreen yang Lebih Selamat?

Peliklah, setiap kali cuba sunscreen baru kulit akan merengsa.

Kulit jadi pedih, merah dan sensitif. Kadang kala, bintik-bintik merah seperti ruam tumbuh di muka. Lebih teruk, seluruh wajah membengkak berhari-hari

Memang tak best. Memang tak selesa. 

Kenapa hal ini boleh terjadi? Apa agaknya cara bagi mengelakkan kulit menjadi sensitif dengan sunscreen?


Jawapannya  terletak kepada jenis sunscreen yang digunakan. Ia bukan tentang jenama, tetapi cara  sunscreen itu berfungsi dalam menghalang sinaran UV ke kulit wajah.

Bagaimana Cahaya Matahari Boleh Merosakkan Kulit?

.

Sebelum kita membincangkan tentang jenis sunscreen, fahami dahulu bagaimana cahaya matahari  boleh merosakkan kulit.

Tahu tak? 

Kulit kita terdiri daripada barisan sel dan dalam setiap sel ada DNA. DNA inilah yang menentukan sama ada sel dapat berfungsi dengan baik atau tidak. Sel kulit yang baik akan memberi kesan anjal dan licin. Manakala sel kulit yang rosak memberi kesan kulit yang menggerutu dan kusam.

Kredit Foto: ASPS, PRSJournal.com Vol 123 nombor 4. Kesan terdedah kepada UV terhadap 2 kembar. Twin B (kanan) yang terdedah kepada matahari lebih 10jam setiap minggu kelihatan 11.25 tahun lebih tua daripada Twin A (kiri). Kedua-duanya berusia 61 tahun.

Masalah berlaku apabila DNA dalam sel terdedah kepada sinaran UVA dan UVB dari cahaya matahari. Sinaran ini membuatkan DNA kulit berubah atau lebih tepatnya, bermutasi. 

Kesannya, sel menjadi ‘cacat’ seterusnya tidak lagi dapat berfungsi dengan baik. Dalam sesetengah kes, seseorang akan mendapat kanser kulit akibat daripada mutasi ini.

Jelas, tak? Inilah sebab setiap orang memerlukan sunscreen. Sunscreen dapat melindungi kulit daripada sinaran UV dan mengurangkan risiko kanser kulit.

Kenali Physical Sunscreen dan Chemical Sunscreen.

.

#1.  PHYSICAL/MINERAL SUNSCREEN

Di pasaran, terdapat dua jenis sunscreen iaitu physical dan chemical sunscreen. 

Physical sunscreen juga dikenali sebagai mineral sunscreen. Ia mampu menghalang sinaran matahari daripada meresap ke kulit dengan memantulkan sinaran.

Bahan aktif bagi sunscreen jenis fizikal ialah titanium dioxide dan zinc oxide, mineral yang disahkan selamat oleh FDA.

Kedua-dua bahan ini hanya membentuk lapisan perlindungan UV sebaik sahaja ia disapu dan akan meninggalkan sedikit kesan berwarna putih (whitecast) pada wajah. 

Kesan whitecast yang menjadi alasan kenapa sesetengah individu lebih memilih sunscreen jenis chemical.

#2.  CHEMICAL/ORGANIC SUNSCREEN

Chemical sunscreen (juga dikenali sebagai organic sunscreen) tidak meninggalkan whitecast dan melindungi kulit dengan menyerap masuk ke dalam kulit. Apabila sinar UV singgah ke kulit, sinar ini akan ditukarkan menjadi haba dan dibebaskan semula dari sel tanpa merosakkan DNA.

Bahan aktif dalam chemical sunscreen ialah avobenzone, octinoxate dan oxybenzone. Ketiga-tiga bahan ini biasanya menyebabkan kulit merengsa (irritated) kerana banyak bahan diperlukan bagi mencipta perlindungan sinar UV yang lebih tinggi. 

Ia juga hanya berkesan kira-kira 20 minit selepas disapu pada kulit.

Physical Sunscreen atau Chemical Sunscreen, Mana Lebih Bagus?

.

Antara physical sunscreen dan chemical suncreen, kedua-duanya bagus dalam menghalang sinar UV daripada merosakkan sel kulit. 

Namun, bayangkanlah cuaca di Malaysia yang sentiasa panas dan sunscreen perlu diulang sapu setiap 3~4 jam, sebaiknya anda  menggunakan physical sunscreen yang memberi perlindungan lebih cepat berbanding chemical sunscreen.

Selain itu, physical sunscreen juga selamat digunakan oleh semua dan bahan-bahannya tidak merengsakan kulit. 

Untuk bacaan lanjut:

Sunscreen Kajian UTM Untuk Kulit Wanita Malaysia

.

NK Age Reverse Sunscreen (ARSS) ialah sunscreen “generasi baru” hasil kajian kami, pakar-pakar nano-teknologi dari UTM yang diketuai sendiri oleh pengasasnya, Prof Madya Dr Siti Hamidah.

Tidak seperti mineral sunscreen yang lain, kami menggunakan nano-UV filter dan bahan emollient berkualiti tinggi yang tekturnya bukan sahaja sangat lembut tidak meninggalkan kesan “white cast”, tapi juga berfungsi mengekalkan kelembapan kulit.

Menggunakan Zinc Oxide dan Titanium Dioxide sebagai UV filter SPF35 & PA++ (broad spectrum protection) sunscreen ini cukup dalam memberi perlindungan terbaik terhadap sinar UVB dan UVA tanpa menyebabkan alahan pada kulit dijamin selamat oleh FDA.

Digabungkan bersama dengan teknologi anti-aging bertaraf dunia – BeuT-Complex™ (50 anugerah local & antarabangsa), ARSS bukan hanya melindungi kulit dari sinar UV, tapi juga merawat kulit hingga ke akar dan membantu mempercepatkan pemulihan sel-sel kulit yang rosak supaya kulit kembali kelihatan lebih bersih, cerah, dan berseri.

Boleh dapatkan Sunscreen Age-Reverse yang terbaru DISINI.

About Author:

Dr Hasmida Nasir has her PhD in Bioprocess Engineering, and is the researcher in R&D department for NK with a mission to help inspire and motivate individuals to critically think about what they put in their bodies and to find balance through nutrition and lifestyle. 

Note : NK Age-Reverse is a research base product lead by Assoc Prof Dr Siti Hamidah and researcher from UTM specifically made to improve skin issue among Malaysian. Get the latest of our innovation HERE.

MORE ARTICLE

Leave a Reply

You cannot copy content of this page