FRECKLES/JERAGAT

Bintik bulat rata biasanya berwarna coklat pudar. Jenis pigmentasi yang biasanya berlaku kepada mereka yang berkulit cerah.

TREATMENT DIFFICULTY


Berukuran kecil size kepala mancis, ia tidak menyebabkan perubahan pada tekstur kulit.

AFFECTED AREA
Tidak seperti jenis pigmentasi lain, ia timbul secara rawak terutama pada kawasan yang kerap terdedah kepada cahaya matahari.

PUNCA
Genetik: Biasanya terjadi ketika masih muda; malah mungkin mula muncul seawal usia dua tahun. Akan semakin jelas dengan pertambahan usia. Walaupun tidak membahayakan, tetapi boleh membuat seseorang kelihatan lebih tua dari usianya.

Terlalu terdedah kepada cahaya matahari:
Di negara tropika seperti Malaysia, jeragat lebih mudah terjadi sekiranya kulit tidak diberi perlindungan dari cahaya matahari yang mencukupi. Pendedahan berlebihan terhadap sinar UV boleh menyebabkan timbulnya bintik-bintik baru dan tompok gelap.

Block “diff_low” not found

UNEVEN TONE

Bentuk perubahan warna kulit (discolouration), warna kulit yang tidak sekata muncul sebagai tompokan gelap kerana pengeluaran melanin yang berlebihan oleh badan.

TREATMENT DIFFICULTY


Walaupun tidak merbahaya, warna kulit yang tidak rata dapat membuat seseorang tampak lebih tua, walaupun dah guna bermacam produk anti-penuaan.

AFFECTED AREA
Kebiasaanya terjadi di kawasan yang selalu terdedah kepada matahari  cahaya dari screen komputer/phone.

PUNCA
Boleh terjadi akibat cahaya matahari, perubahan hormon atau kesan sampingan perubatan. Terdedah kepada sinar matahari yang berlebihan, khususnya, boleh merosakkan kulit & mendorong pengeluaran melanin berlebihan di kawasan yang terdedah.

Untuk perubahan hormon, wanita yang menggunakan ubat kontraseptif atau mengalami menopaus akan lebih cenderung untuk mengalami tona kulit tak sekata.

SUN BURN/LENTIGINES

Juga dikenali sebagai “sunspot“, lentigines biasanya berwarna coklat dan tidak menyebabkan perubahan pada tekstur kulit. Orang berkulit cerah lebih mudah terkena lentigines.

TREATMENT DIFFICULTY


Tanpa rawatan, pendedahan kepada sinar UV untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan lebih banyak lentigines berkembang dan menjadi lebih gelap.

AFFECTED AREA
Lebih cenderung untuk terbentuk di kawasan muka yang terdedah kepada cahaya matahari. Kawasan ini tidak hanya terhad pada pipi, tulang pipi dan hidung sahaja.

PUNCA
Terlalu terdedah kepada cahaya matahari:
Ketika terkena sinar matahari, melanin (pigmen gelap) yang terdapat di permukaan kulit akan “berkumpul”. Bila terlalu lama terdedah akan mempercepat proses ini & menyebabkan pembentukan  bintik-bintik gelap pada kulit dan bertambah banyak.

Walaupun lentigines adalah antara pigmentasi yang paling kerap berlaku, tetapi ia lebih mudah untuk dicegah. Iklim Malaysia yang bercuaca panas dan cerah sepanjang tahun jadi penting untuk menggunakan sunblock secara kerap & jumlah yang mencukupi.

AGES SPOT

Juga dikenal sebagai “liver spot“. Biasanya berwarna coklat atau hitam, berbentuk bujur dan ukurannya berbeza-beza hingga lebih dari 13mm. 

TREATMENT DIFFICULTY


Age Spot lebih cenderung terbentuk  selepas usia 40 tahun, menunjukkan bahawa kulit telah mula memasuki fasa penuaan.

AFFECTED AREA
Kebiasaanya berlaku di kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari, terutama di pipi dan tulang pipi.

PUNCA
Penuaan: Apabila kulit lebih berusia dan terdedah kepada persekitaran, melanin dihasilkan secara konsisten untuk melindungi kulit. Age spot biasa terjadi pada mereka yang berusia lebih dari 40 tahun. Boleh juga terjadi pada yang lebih muda, terutamanya mereka yang menghabiskan banyak waktu di bawah sinar matahari.

Terlalu terdedah kepada cahaya matahari: Kawasan kulit yang terdedah kepada cahaya matahari berpanjangan, melanin akan terhasil dalam kepekatan tinggi dan berkumpul di kawasan ini, mengakibatkan terbentuknya age spot.

Selain itu, kerap melakukan “tanning” di salon juga boleh menyebabkan masalah ini. Kulit akan menghasilkan melanin sebagai pelindung semua jadi kulit apabila terdedah kepada UV, sekali gus akan mempercepat lagi proses penuaan kulit.

POST-ACNE PIGMENTATION

Terhasil dari bekas-bekas luka yang setelah sembuh akibat jerawat. Tanpa rawatan yang betul, pigmentasi selepas jerawat mungkin memerlukan beberapa bulan atau bahkan bertahun-tahun untuk memudar.

TREATMENT DIFFICULTY


Terdapat 2 jenis post-acne pigmentation.
1) Warna kemerahan disebabkan oleh kapilari darah yang pecah yang masih belum sembuh,
2) Berwarna gelap disebabkan oleh pengeluaran melanin yang berlebihan sebagai tindak balas terhadap keradangan kulit di kawasan yang terjejas. 

AFFECTED AREA
Berlaku di kawasan yang jerawat tumbuh.

PUNCA
Picit jerawat: Apabila tidak dikeluarkan secara profesional, nanah jerawat yang dipicit bukanya keluar, tapi akan lebih kedalam. Ini boleh menyebabkan kemerahan dan bengkak. Berkemungkinan kulit & tisu juga akan rosak semasa dipicit, meningkatkan risiko keradangan dan meninggalkan parut kekal.

Produk penjagaan kulit yang tidak sesuai: Jerawat boleh bertambah buruk dengan penggunaan pembersih muka yang terlalu kering dan produk berasaskan alkohol. Selain itu, produk sebegini sangat “harsh” terhadap kulit jika digunakan terlalu kerap boleh menyebabkan kulit akan lebih kering dan akan menghasilkan sebum yang lebih banyak untuk mengekalkan kelembapan kulit. Seterusnya, boleh menyebabkan lebih banyak jerawat terbentuk.

POST-IMFLAMMATORY

Terhasil akibat luka/keradangan, biasanya berwarna coklat, atau hitam. Terjadi kerana terdapat peningkatan pengeluaran melamin  kerana kecederaan atau keradangan pada kulit.

TREATMENT DIFFICULTY


Pigmentation dari penggunaan produk & prosedur kosmetik yang tidak sesuai (seperti chemical peels, laser treatments, IPL atau terapi) yang boleh memburukan lagi keadaan kulit – dipanggil post inflammatory.

Hiperpigmentasi jenis ini paling biasa berlaku pada mereka yang berkulit yang lebih gelap. Apabila kecederaan melibatkan lapisan kulit yang lebih dalam, semakin sukar untuk dirawat.

AFFECTED AREA
Berlaku pada kesan luka di muka. Luka-luka ini mungkin timbul akibat dari mencukur, terbakar atau jerawat yang dipicit.

PUNCA
Keradangan atau kecederaan kulit: Semasa tisu kulit dalam proses untuk sembuh, sejenis bahan kimia “cytokines” yang membantu pembentukan kulit baru akan terhasil.

Tapi, bahan kimia ini juga akan merangsang melanosit, menyebabkan lebih banyak melanin terhasil. Apabila melanin dihasilkan secara berlebihan, ini mengakibatkan perubahan warna kulit dikawasan yang luka. Selain itu, pendedahan cahaya matahari boleh menyebabkan kawasan tadi menjadi lebih gelap daripada kulit di sekitarnya.

MELASMA

Berbentuk kupu-kupu, melasma adalah sejenis hiperpigmentasi yang lebih banyak berlaku pada kulit yang lebih gelap/tan. Apabila melasma berlaku semasa kehamilan, ia juga dikenali sebagai ‘mask of pregnancy’ atau ‘chloasma’.

TREATMENT DIFFICULTY


Perubahan warna coklat pekat  tersebar di bahagian wajah tertentu, menjadikan warna kulit keseluruhan kelihatan kusam.

Menurut kajian, belum ada solusi untuk menghilangkan masalah melasma kecuali dengan penggunaan “Hydroquinone” iaitu sejenis kimia yang diharamkan oleh KKM kerana membahaykan nyawa termasuk bayi dalam kandungan.

AFFECTED AREA
Biasanya muncul di pipi atas. Juga berlaku di kawasan lain seperti dahi, bibir atas dan kawasan dagu.

PUNCA
Kehamilan: Kira-kira 50-70% wanita hamil dikatakan mengalami chloasma. Pun begitu, mekanisma yang mengaitkan antara melasma & kehamilan masih belum dikenal pasti. 

Perubahan hormon: Sesetengah ubatan (seperti pil kawalan kelahiran) boleh menjadikan kulit lebih mudah mengalami pigmentasi jika terdedah kepada sinar UVA/B. 

Genetik: Seseorang itu lebih berisiko jika ada sejarah ahli keluarga yang mempunyai masalah melasma. Untuk mengelakkan pengeluaran melanin berlebihan, individu ini perlu elak dari terlalu terdedah kepada UV seperti lebih banyak aktivity indoor selain penggunaan sunscreen yang mencukupi.