Betul Ke Pilih Sunscreen ni Cukup Sekadar Tengok SPF jer?

Artikel ditulis oleh:
Dr Hasmida Nasir (Penyelidik di Jabatan R&D NK SHE Empire Sdn Bhd)

Pilih Sunscreen Tengok SPF Jer Dah Cukup, Betul Ker?

Kalau anda tertanya-tanya soalan ni, TAHNIAH saya ucapkan sebab walaupun anda belum faham tentang SPF, tapi sekurang-kurangnya anda dah sedar akan kepentingan sunscreen kepada kulit especially kesannya yang boleh kita kelihatan lebih tua dari usia sebenar & juga kanser kulit.

Pernah tak kita pergi drugstore nak beli sunscreen ni, tapi pening nak pilih mana satu sebab banyak sangat option. So, cara paling simple adalah tengok label SPF jer. Pilih plak SPF yang paling tinggi skali dekat rak tu, sebab ramai yang cakap SPF lagi tinggi lagi bagus..

Tapi tahukah anda, SPF tinggi ni hanyalah mitos semata-mata? 

Haaa, mesti hairan kan, kalau mitos kenapa ramai yang cakap macamni? Jangan risau, artikel ni kita akan rungkai satu-persatu mitos tentang SPF ni dan kenapa ada negara maju yang dah “banned” sunscreen SPF tinggi ni termasuk Amerika, Europe, Jepun, Australia & Canada. 

Betul ke sunscreen SPF tinggi lebih bagus berbanding sunscreen SPF rendah?

Apa maksud SPF?


SPF ialah singkatan kepada “Sun Protection Factor“. Menurut definisi FDA, SPF adalah ukuran berapa banyak tenaga suria dari sinaran UV yang diperlukan untuk menghasilkan selaran matahari (sunburn) pada kulit yang dilindungi oleh sunscreen berbanding dengan jumlah tenaga suria yang diperlukan untuk menghasilkan sunburn pada kulit yang tidak dilindungi.

Apabila nilai SPF meningkat, perlindungan sunburn juga akan meningkat.


In simple word, bila kita guna sunscreen yang SPF30, kulit kita akan 30x lebih lama untuk mendapatkan sunburn compare dengan tidak memakai sunscreen.


Maksudnya, kalau kita pakai SPF60, mestilah 60x lebih lama kulit nak rosak kan? Ye, logiknya macam tu la, tapi that not how SPF work. So please stay dan baca sampai habis artikel ni nanti anda akan faham kenapa saya cakap macam tu.


Perlu diingat, SPF ni just untuk ukur “sunburn” yang disebabkan oleh UVB sahaja. JUST UVB sahaja tau. UVA tak termasuk dalam SPF walaupun mostly 95% sinaran UV tu adalah dari UVA dan lebih bahaya untuk kulit. 

Berapakah angka SPF yang dianggap sebagai SPF tinggi?

NPRA sebenarnya telah pun mengkelaskan angka SPF ke dalam beberapa kategori. (Detail boleh refer SINI)

  • SPF “rendah” : 6 hingga 14
  • SPF “sederhana” : 15 hingga 29
  • SPF “tinggi” : 30 hingga 49
  • SPF “sangat tinggi” : 50 dan ke atas
NPRA guideline for SPF classification

Nota: 
Pada tahun 2019, FDA mencadangkan peraturan yang melarang label lebih tinggi daripada SPF 60+ manakala pihak berkuasa Australia mengehadkan nilai SPF pada 30, pengawal selia Eropah dan Jepun pada 50 (Osterwalder 2009b) dan Kanada pada 50+ kerana terdapat “kekurangan data yang menunjukkan bahawa pelindung matahari dengan nilai SPF ke atas memberikan manfaat tambahan yang bermakna secara klinikal  “. 

Bagaimana SPF dikira?

Seperti yang saya nyatakan tadi, peningkatan nilai SPF ni tidak berkadar langsung dengan nilai perlindungan yang SPF ni berikan.

Contohnya kalau SPF15 tu ada 93% protection against UVB rays, tak bermaksud kalau kita naikkan 2x ganda sampai SPF30, dia akan jadi 186% (93% x 2) perlindungan.

Formula mudah untuk kira SPF ni seperti dibawah:

(SPF – 1)/SPF = % Perlindungan UVB

Katakan anda menggunakan SPF30. Daripada angka SPF ini, tolak dengan 1. Kemudian dibahagi dengan angka SPF:

(30-1)/30 = 97% anggaran perlindungan dari UVB
Gambar di bawah ringkasan perbezaan perlindungan bagi setiap SPF.

Perasan tak, tak ada 1 pun SPF yang mampu berikan 100% perlindungan walaupun SPF100? Beza antara SPF30 vs SPF50 pula sangat kecil sekitar 1% sahaja. Jelas sekali bahawa SPF tinggi kononnya makin berkesan hanyalah mitos atau mungkin gimik marketing oleh pengeluar/penjual produk sahaja.

Kalau pilih SPF paling tinggi ni, ada risiko ke?

Sekarang anda dah tahukan kenapa SPF tinggi tak semestinya bagus. Tapi kalau masih nak guna SPF tinggi ni, ada apa-apa keburukkan ke?

Tak ada masalah dan menjadi kesalahan sebenarnya kalau kita masih nak guna sunscreen SPF tinggi ni. Masih belum ada kajian yang jelas mengatakan bahawa sunscreen SPF tinggi merbahaya (at lease untuk jangka masa pendek).

Sebenarnya tak kira berapa tinggi SPF, anda masih perlu re-apply secara kerap (2-3jam) kerana kesannya akan berkurang. Lebih-lebih lagi jika berpeluh ataupun ketika mandi.

Cuma, fikirkan sejenak tentang ini. 

1. Penggunaan Bahan kimia yang lebih banyak.

Untuk setiap 1% daripada setiap bahan aktif untuk hasilkan UV filter, anda mendapat sejumlah unit SPF. 

Contohnya 1% Zink Oksida (ZnO) memberi anda 1.6 unit SPF, manakala 1% Titanium Dioksida (TiO2) memberi anda 2.6 unit SPF. Jadi katakan anda mempunyai formula dengan 20% ZnO. Itu berfungsi untuk SPF 32— nombor SPF yang ideal. Formula dengan 15% ZnO dan 5% TiO2 berfungsi untuk SPF 37.

Dengan kata lain semakin tinggi SPF, semakin tinggi kepekatan dan jenis kimia yang diperlukan. Hanya untuk 1% perlindungan extra, anda terpaksa tampal lebih bahan kimia dikulit dan wajah.

“Fewer chemicals equals healthier, happier skin, and this means a lower SPF”

.

2. Tekture yang tebal, kurang sesuai sebagai alas makeup.

SPF yang lebih tinggi juga bermaksud dos penapis UV yang lebih tinggi (kepekatan kimia yang lebih tinggi). Majoriti sunscreen high SPF mempunyai tekstur tebal dan terasa berminyak (greasy) terutama dari jenis Mineral Sunscreen.

Sebab leceh, tak selesa dan mungkin nampak tak cantik, anda akan malas nak sapu kerap. Kalau guna pun mungkin kurang dari kuantiti yang sepatutnya.

Perbezaan protection factor antara SPF35 vs SPF50 tak sampai pun 1%, tapi texture SPF rendah biasanya lebih nipis dan sesuai untuk digunakan bersama sebagai alas makeup (maksudnya boleh guna sebagai makeup base atau tak perlu cuci untuk reapply setiap 2-3 jam).

Senang nak blend dengan kulit. Jadi, anda akan lebih bermotivasi untuk lebih kerap apply dan pada kuantiti yang betul.

Sebenarnya ada banyak lagi point disadvantage bila high SPF ni, tapi kita discuss selebihnya dalam artikel ni:

👉🏼👉🏼 Betul ke SPF Tinggi Lebih Bagus?

Kalau tinggi sangat tak boleh, rendah sangat tak boleh, jadi berapa yang paling sesuai?

 

Kalau google tentang SPF, ada berjuta-juta artikel yang mostly akan suggest guna sekurang-kurangnya SPF30. FDA dan Skin Cancer Foundation mensyorkan penggunaan sunscreen mesti antara SPF30 – SPF50 kerana ia lebih optimal dalam memberi perlindungan terhadap UVB. 

Jika untuk kegunaan harian, SPF30 ~ SPF40 sudah mencukupi kerana tekturnya lebih halus dan senang sapu. Kecuali anda berhasrat untuk guna di bawah matahari panas (contohnya mandi pantai), mungkin boleh gunakan yang lebih tinggi seperti SPF50++

Kesimpulan

Kesimpulannya, tak kisah berapa SPF pun, asalkan anda guna sunscreen adalah lebih baik dari langsung tak guna. Sunscreen yang terbaik adalah yang anda suka dan senang gunakan. Kalaupun sunscreen tu paling bagus sekali pun tapi buatkan kulit pedih dan berkilat macam kena lumur dengan minyak grease, last-last kita tak nak guna juga kan?

SPF hanyalah ukuran bagi perlindungan terhadap sinar UVB yang menyebabkan kulit “terbakar”. Jadi, angka SPF tidak patut menjadi satu-satunya cara dalam pemilihan sunscreen. Sebenarnya ada faktor yang lebih penting untuk anda pertimbangkan selain dari hanya SPF.

Mesti tertanya-tanyakan apa faktor-faktor lain tu kan? Ini adalah 4 kriteria yang perlu anda consider sebelum memilih sunscreen:

  1. Jenis UV Filter yang digunakan.
  2. Broad-Spectrum protection (perlindungan dari UVA UVB)
  3. Nilai SPF yang sesuai
  4. Anti-Aging formula.

Boleh sambung rujuk artikel ini ye:
👉🏼 4 Factor Pemilihan Sunscreen Yang Terbaik

Harap artikel yang saya tulis ni membantu sedikit sebanyak untuk anda lebih faham tentang produk penjagaan kulit yang selamat. Jangan lupa share ye 😁

About Author:

Dr Hasmida Nasir has her PhD in Bioprocess Engineering, and is the researcher in R&D department for NK with a mission to help inspire and motivate individuals to critically think about what they put in their bodies and to find balance through nutrition and lifestyle. 

Note : NK Age-Reverse is a research base product lead by Assoc Prof Dr Siti Hamidah and researcher from UTM specifically made to improve skin issue among Malaysian. Get the latest of our innovation HERE.

Leave a Reply

You cannot copy content of this page